Saturday, October 25, 2014

Tips Berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)

Memang seronok untuk memiliki rumah idaman. kalau boleh nak yang landed, luas ada halaman untuk tanam pokok daun (hikhik). Tapi semua tu boleh simpan lock dalam peti besi la kalau kau nak beli rumah area hot dekat KL ni. Entry hari tu aku dah cerita pengalaman beli rumah pertama suami. 
Sekarang part membeli rumah untuk didiami pulak.

Rumah pertama suami belom settle lagi, tapi kami decide untuk ambil rumah ke-dua menggunakan loan aku pulak. jadi kiranya rumah kedua ni adalah loan aku sepenuhnya. ( suami tambah sikit le sebab tak cukop ).

Menggunakan kelebihan sebagai penjawat awam, semestinya kita memilih Pinjaman Perumahan Kerajaan. Maka perlulah berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). - sekarang dah tukar LPPSA

Memang diakui pembelian rumah dengan loan kerajaan lebih rumit dari loan bank. pening kepala dibuatnya. 

Nak isi borang pon banyak sangat term-term yang tak faham dan perlu dirujuk lawyer. .

Jadi di sini aku share panduan nak mengisi borang BPP secara online :

  1. Pergi ke laman BPP
  2.  Klik Permohonan Online & Semakan Pinjaman
  3. Klik pendaftaran ID Baru 
  4. Log masuk
  5. Isi la maklumat yang diminta. nak senang rujuk panduan pengguna mesti baca dulu step by step supaya tidak berlaku kesilapan.
  6. nanti akan keluar sama ada korang layak memohon amount pinjaman tersebut atau tidak.
  7. Step ke-dua ni kena hati-hati sebab ini baru part mengisi borang sebenarnya.
  8. pastikan korang dah tau tentang maklumat diri, pasangan, rekod perkhidmatan ( sedia la buku/file khas untuk catat semua jenis maklumat peribadi dan maklumat perkhidmatan. senang bila nak isi borang. mak aku buat buku 555 letak dalam handbag. segala maklumat ada dalam tu. Respect la cikgu zaharah ni sangat sistematik).
  9. mungkin ada kekeliruan tentang tarikh lantikan. cepat-cepat rujuk kerani atau admin bahagian masing-masing sebab kita tak nak sebarang kesalahan yang menyusahkan nanti.
  10. Sebelum isi borang ada eloknya fikir siap-siap insurans mana yang hendak diambil. jangan tanya aku mana yang terbaik sebab aku pon tak tau. Aku pilih Prudential BSN takaful hasil survey dekat forum dan pengalaman sendiri menggunakan Prudential BSN medical card. Setakat ni tak dak masalah claim. jadi aku teruskan je la.
  11. Bila dah selesai isi borang print segala check list dokumen sokongan yang perlu dihantar dalam tempoh 14 hari selepas submit borang online.
  12. Pesanan : wajib isi borang wang beza. sebab kita tak tau berapa Jabatan Penilaian nilai rumah kita. contoh kalau harga rumah 200k dia nilai 150k sahaja, so dia nak tau mana kita nak cari duit lagi 50K. Jadi wajib isi....
  13. Pandai-pandai la call BPP bahagian penilaian, kalau bernasib baik korang akan tau berapa Jabatan Penilaian nilai rumah korang. Macam kes aku aku tau nilai rumah tu . 
Pesanan : Penilaian dan pengisian borang online lakukan serentak. sebab bila penilai dah nilai rumah dia akan hantar maklumat terus ke BPP. 

Tips berurusan dengan BPP :
  1. jangan putus asa untuk call operator BPP. Yup memang susah nak dapat tapi sabar je la. kalau korang maki-maki pon bukan selesai masalah.
  2. Bila dah dapat call operator jangan marah-marah, cakap dengan penuh innocent supaya orang tu kesian kat korang hehe.
  3. Tanya direct link untuk urusan korang. contoh korang tanya la macam ni " boleh ke saya dapatkan direct link untuk pegawai yang urus bahagian ............ " insyaAllah aku dah berjaya dapat beberapa direct link sebab tak putus asa telefon.
  4. Jika aka kemusykilan yang tak dapat diselesaikan melalui telefon mahupun lawyer terus pergi putrajaya untuk tanya sendiri.  ni bagi sesiapa yang duduk area kl dan selangor la. tak da la jauh sangat pon. aku sanggup pi putrajaya janji dapat maklumat yang tepat.

Regards:
Nisa Fadzil

2 comments:

  1. Buat PPK ni mmg pening, saya pun tgh dalam proses..blur2 lagi huhu

    ReplyDelete
  2. linda beli rumah under developer or rumah sub sale? bulan brapa submit loan

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...