Wednesday, October 22, 2014

Pengalaman membeli rumah

Salam,



Bila umur terlajak tua ni semua mesti la dok fikir nak ada rumah sendiri. Maka ligat la mencari rumah dekat mudah ikut budget secipot golongan muda macam kita ni..Hoho muda ke??

Zaman sekarang ni tak payah nak susah-susah kau type je dekat mudah keluar la segala. Cuma bila tengok harga melopong la terutama rumah hot area macam KL dan Selangor. 

Al-kisah ni dah rumah ke-dua aku cari dekat mudah. Bukan senang, asal free ja aku bukak mudah. tengok mana tau ada iklan baru ngam dengan budjet aku and husband. 

Maka dalam hujung tahun 2013, aku terjumpa iklan Rumah low cost dekat wangsa maju. sebenarnya owner rumah sewa kitorang ni pernah cakap, kalau you dapat rumah area sini harga 120K you angkat saja. tak rugi..... Jadi mengenangkan kawasan ni dekat dengan kemudahan segala-galanya ada wangsa walk, eon big, giant, jusco, kfc, kedai mamak, bank dll kemudahan kitorang decide untuk beli rumah tu. Tapi tak dapat la harga 120K dapat harga mahal sikit. 

Bila dah bincang dan buat keputusan untuk beli rumah, kitorang dah target . rumah yg nak beli ni kitorang bukan nak duduk pon. Sekadar untuk bagi sewa. Ye la nak beli rumah area KL ni semua harga 500K ke atas. mana nak mampu. mampu rembat rumah low cost je la. Tapi apa masalahnya dengan rumah low cost kalau lokasinya sangat bersih dan selesa. 

Pedulik la orang nak kata rumah ni dua bilik je...dulu harga rumah tu murah je...semua la bak kata orang. Kalau ikut sangat cakap orang tak ke mana la kita ni. sampai sudah harta pon tak dak. jadi dalam kes ni kitorang nekad n berdoa je la agar tindakan yang kitorang amik ni betul.

Jadi untuk rumah pertama ni, husband guna loan bank. Bila dah view rumah dan dah berpuas hati, kitorang pon jumpa agen untuk bayar deposit 10%. langkah seterusnya adalah kitorang ada masa 14 hari untuk sign S&P. Dalam masa yang sama jugak suami try submit loan dekat beberapa bank. lawyer pon dah ada sebab kenkawan husband tolong suggest. Jadi alhamdulillah sign S&P dan loan suami pon lulus. 

Bab beli rumah ni aku memang banyak search dekat internet. sebab kalau kita jumpa agen kita buat dungu ja memang la berpotensi untuk kena tipu. Aku siap print out lagi langkah-langkah beli rumah subsale tu. jadi pucuk pangkalnya kita mesti ada pengetahuan sebelum nak beli rumah. 

Sign S&P bulan Februari, bulan Ogos baru dapat rumah wei. sebab rumah ada consent. Semua proses tukar hak milik selesai setelah 6 bulan. normal la tu 6 bulan. pejabat tanah KL ni lambat sikit sebab mostly rumah semua under strata. Lantak la as long tak kena penalty apa-apa aku tak kisah.

dapat ja kunci suami terus uruskan pertukaran nama TNB, Air, cukai pintu. Dan bermulalah operasi membersihkan rumah sebelum mencari penyewa.

Masa dapat kunci tu aku baru lepas operate. maka tak boleh la nak lasak-lasak sangat tolong suami. i duduk je la kasi sokongan padu dekat suami tu hahaaa. tak banyak kerosakan pon dekat rumah tu, syukur kalau tak lebur duit nak repair. jadi kitorang cuma cat je la bagi naik seri sket. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar. rumah pertama suami, tak perlu bayar pon bulan-bulan. tenant le yang bayar..uhuuuu...so ada apa dengan rumah low cost??? kalau kau beli rumah memahal pon sapa nak sewa. hutang bank pon dah berkoyan

jadi tips cara pembelian rumah daripada aku adalah :
  1. Cari rumah yang sesuai dengan budget.
  2. buat reseach market value rumah yang hendak dibeli - kalau tak korang kena tambah duit sendiri nanti. so check market value dulu.
  3. Sebelum jumpa agen untuk view rumah pergi melawat kawasan tu dulu. jadi korang tau gambaran environment rumah yang korang nak beli.
  4. buat research tentang cara pembelian rumah. Print out dan study. Sedia soalan yang ilmiah sikit supaya agen tu tahu yang kita ni bukan bodooohh sangat haha
  5. Bila dah yakin call agen untuk view rumah.
  6. Balik rumah bicang lagi skali dengan isteri/suami/keluarga
  7. cari lawyer yang korang yakin mereka ini betul-betul boleh buat kerja. dari sini lawyer akan check rumah yang bakal korang beli tu. samaada bermasalah atau tidak. ada kes developer bankrup dll.
  8. Sediakan 10% untuk deposit rumah bila dah yakin dengan keputusan. jangan serah bank draf kepada agen selagi dia tak bagi resit/bukti pembayaran.
  9. Photostat bank draf dulu sebagai bukti untuk simpanan kita.
  10. Contact lawyer dan serah semua dokumen yang diminta.
  11. rerajin follow up dan tanya lawyer kalau ada kemusykilan.
  12. sediakan satu file khas untuk perumahan. segala surat menyurat perlu disimpan dengan baik untuk rujukan.

Tu panduan berdasarkan pengalaman ja. tak mau ikut pon tak pa aihh.. i bukan pandai sangat pon. Semoga pengalaman ni membawa manfaat kepada orang lain. 

Regards :
Nisa Fadzil



1 comment:

  1. Salam,

    saya dalam proses beli rumah low cost. Deposit dah bayar. Saya cuma risau pasal consent. Kalau beli rumah low cost, secara sub sale, kite kene follow rules beli rumah low cost jugak ye? tengah risau ni. Pencerahan please..

    Email saya x_vestal@yahoo.com.my. Terima kasih daun keladi :D

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...