Tuesday, June 10, 2014

Koleksi Resepi Senang Alam

Hari ni lepas basuh baju terasa nak buka blog. Lamanya tak melayan tulis blog ni. Walau entah sapa yang baca. Syok oo feeling bila buka blog baca balik apa yang ditulis. Fefeeling habis. Di ingatkan jugak blog ni berunsurkan bahasa rojak dan tidak tepat tatabahasanya sebab ini bukan penulisan ilmiah. Hanya medium supaya ceritera sampai ke emosi pembaca dan owner blog itu sendiri.

Alhamdulillah syukur dah setahun kahwin. Antara kurniaan tuhan yang perlu disyukuri iaitu suami yang memahami dan penyayang. Syukur jugak atas rezeki tuhan, dapat transfer dari Ipoh ke Selangor. dapat dekat dengan suami Alhamdulillah. Disebalik ujian ada pelangi yang diberi. Berbekalkan semangat sang suami yang tabah luarannya, aku bertekad untuk terus kuat dan berhenti mempersoal.

Part paling seronok bila duduk dengan suami adalah part masak. Time ni la kau nak beli buku resepi nak google resepi nak cuba itu ini. Jadi tak jadi belakang kira. Hasilnya badan dah macam dipam-pam. tengok penimbang ja paranoid. nampak penimbang ja buat muka jengkel. padahal diri sendiri sedaq yang badan kau dah makin berat.

Sang suami tak cerewet bab makan. senang betoi nak jaga. Makan apa pon dia hentam. Tiap-tiap hari bini masak & tanya "sedap tak??" setiap hari jugak tanpa jemu ( tanpa cemuih ) dia jawab "sedap-sedap-sedap" . Memang menjaga hati bini betoi walaupon bini masak sesimple alam. Sang suami jugak jenis yang tak suka makan banyak-banyak lauk. Waa lagi la menyenangkan keja bini. 


Menu senang alam yang pertama : salmon grill, pedal ayam goreng garing, sup cendawan. Haha menu tak gempak lansung. Nama dia adalah menu senang alam yang sedap digemari oleh somi isteri ini.



Menu senang alam 2 : asparagus goreng & ikan siakap apa ke nama lupa dah. resepi google memang la lupa . Sekor ikan siakap untuk 2 orang makan, Ya memang betul bayangkan tahap besaq tong perut 2 orang somi isteri ni


Menu senang alam 3 : sotong oriental dari buku resepi kesayangan. Somi suka makan sotong. selalu buat sotong masak kicap or sotong goreng kunyit. resepi oriental bila berpoyo's nak canggih sikit 


Menu senang alam 4 : ketam masak cili padi. memang kegemaran si hantu ketam. Paling suka makan kari ketam mak masak. memang so sedap.


Menu senang alam 5 : sambal udang petai, kacang goreng,telur goreng. Arghh boleh histeria makan sambal udang grrrr

Haha kan terbukti betapa simplenya menu aku masak hari-hari, Atas request suami jugak jangan masak banyak-banyak lauk. Kau gila masak banyak sapa nak makan. nak mencekiknya 2 orang ja oii.

Breakfast suami suka nasi goreng. masak la nasi goreng apa pon dia akan makan.


nasi goreng beras perang bersama jongkong emas hehe

kuetiau goreng sayoq purple. Hentam je la apa ada dalam peti ais.

Kesimpulannya masak la apa pon ikut tekak & selera masing-masing. Janji masak. Masak sondiri lebih terjamin kebersihan. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...