Thursday, August 15, 2013

Kelebihan Bio Zinc

Assalamualaikum..

Lepas kahwin ni aku mengalami perubahan hormon yang sangat 'hardcore'. Sebelum kahwin kulit agak glowing, jerawat jarang-jarang hinggap dekat muka maka parut pon tak da la sangat. Sebelum kahwin untuk penjagaan kulit muka aku pakai produk keluaran anak tempatan (Pendang) AS Beauty. Memang kulit muka jadi cerah, glowing dan seangkatan dengannya.

Tapi lepas kahwin muka dah tak boleh terima produk tu. Muka mula kusam, jerawat tumbuh tanpa budi bicara. Menyakitkan hati dan mata! Arghhh memberontak tengok muka sendiri. Kesian suami kena dengaq hari-hari isteri merungut itu ini...... Dengan penuh sabar dia angkut ja isteri pergi kedai cari pencuci muka lain yang sesuai. Huaa malangnya sampai sekarang tak jumpa lagi. Sapa pernah jadi macam aku ni? Lepas kahwin kulit muka bermasalah! Nangis kau!

Sebab dok bising sangat muka naik jerawat, suami pon cadangkan aku makan vitamin. persoalannya vitamin apa?? setakat vitamin C tu aku tau la untuk kulit.

Bergegas la aku pergi Watson ( port kegemaran untuk menabur duit). Dibelek-belek satu persatu vitamin yang ada. Kemudian, suami cadangkan aku ambil Bio Zinc. Harga dalam RM40. Boleh diterima lagi harga tu untuk cuba.


Antara Kelebihan Bio Zinc :

  • May assist in the management of acne.
  • May help to relieve minor skin disorders including dermatitis.
  • Maintains healthy skin.
  • Supports production of healthy sperm.
  • Helps to maintain normal healthy sperm count.
  • Maintains healthy immune function.

Sumber : blackmores.com

Kesan untuk diri sendiri - 

Aku mula makan bio zinc 11/8/2013. Hasilnya hari ni 15/8/2013 jerawat dah kering dan kulit mula rasa macam moist. Rasa sangat serasi dengan vitamin ni. Bagi sesiapa yang dah habis usaha dengan produk kecantikan, boleh amalkan makan vitamin ni dulu untuk rawatan dalaman. Sekarang tiap-tiap hari suami akan ingatkan jangan lupa makan vitamin ( dia malas nak dengaq la tu bini membebel kulit tak lawa heheh).

p/s : syukur dapat suami yang penyabar

Regards :
Nisa Fadzil 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...