Sunday, April 21, 2013

Door gift ( Reception )

Assalamualaikum..

Hari ni hari Ahad, esok dah kerja. Setelah berjaya menyiapkan hal-hal berkaitan setiausaha sukan dalam keadaan bersin selang 3 minit, akhirnya datang mood nak update blog.

Kali ni nak bercerita tentang pilihan door gift for bride reception. Mula-mula tu banyak pilihan dalam kepala otak ni nak buat itu ini. Niat di hati nak bagi door gift yang simple tapi comei. Banyak idea yang datang. ada aku tulis hari tu. Boleh rujuk ( Door Gift Kahwin )

Akhir sekali disebabkan "time constrain" yang sangat mendesak jiwa raga. aku dan mak sama-sama buat keputusan ambil doorgift yang sama dengan abang aku hari tu. Bagi cup cake.

Tapi cupcakes yang orang ni buat sangat memuaskan hati dan diyakini tahap kebersihan dan kualiti piawaiannya. Maklumlah isteri doktor yang buat oi. Aku dan mak buat keputusan untuk tempah tiga jenis cupcakes :


  1. cheese cake
  2. chocolate cake
  3. carrot cake 

mula-mula nak cari kotak sendiri, tapi last-last itu pon aku dan mak decide orang tu yang belikan. Kiranya kitorang just bayar ja. Bila sampai, semua dah siap. Hahahaa sonang keja aku! yeah ! 

Kalau korang banyak masa boleh la urus sendiri. Tapi kalau tengokkan keadaan aku ni yang sebok memanjang baik tempah ja semua. Duit boleh dicari, jangan sampai nanti muka stress dekat-dekat nak kahwin sebab itu ini tak siap. 

Tak silap aku, aku hanya bagi mak dalam RM500. Selebihnya mak sponser lah. terima kasih mak. Untuk makluman harga cupcake ni agak berpatutan jugak sebab sekali dengan kotak. nampak bersih sangat. Aku sangat puas hati. 


Tu la kotak cupcake yang orang tu belikan. sangat kena dengan jiwa aku. memang mintak dia cari warna silver sahaja. Tak mau caca merba. Sangat suka bakul rotan mak. Antik kot.. Bunga-bunga tu daripada kenduri abang aku tak dibuka-buka. sekali harung pakai untuk wedding aku.

Lepas tu sebagai doorgift jugak disediakan lolipop untuk kanak-kanak. aku ikat riben dengan tekun. Walaupun tau hayat riben tu tak akan lama, hanya dicampak ke tanah, tapi masih berpuas hati sebab nampak comei...

Serba sedikit tentang pilihan door gift. 

Regards :
Nisa Fadzil



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...