Wednesday, December 26, 2012

Prosedur Ujian HIV di Klinik Kesihatan untuk Bakal Pengantin

Cuti sekolah dah nak habis. Mental kena kuat dengan azam yang baru untuk hadapi tahun 2013. Insyaallah tahun 2013 akan lebih bermakna dalam hidup aku. Esok mesyuarat kurikulum. Hambik la, segala jawatan dan tanggungjawab akan diketahui esok. very the jenjenjenggg..!

Sepatutnya hari ni aku dah balik Ipoh. Tapi disebabkan ada beberapa perkara aku perlu uruskan berkaitan kawin ni ler... Salah satunya aku nak settle siap-siap Ujian HIV.

Ok kita kecikkan skop cerita. Aku cerita tentang ujian HIV je. Malas nak melalut.

Untuk makluman semua ujian HIV untuk perkahwinan perlu dibuat di Klinik Kerajaan SAHAJA. Di sini akan timbul beberapa kerumitan disebabkan bakal pengantin terpaksa mengambil cuti dan sebagainya. Kenapa kena ambil cuti sebab seperti dibawah.


  • Ujian HIV hanya dijalankan pada hari Ahad- Rabu bagi Negeri Kedah. 
  • Waktu operasi : 2.00 petang - 4.30 petang


Kalau korang kerja luar dari Kedah elok la balik kampung halaman masing-masing. Ada negeri yang keputusan hanya akan dapat dalam tempoh 2-3 minggu. Ada yang perlu buat appointment dulu. 

Aku buat di Klinik Kesihatan Simpang Kuala. Dalam tempoh 1jam setengah semua selesai. Datang pukul 2petang pukul 3.30 selesai semuanya.

Aku cerita sikit macam mana proses nak buat ujian HIV ni.

Langkah 1 : Pergi ke kaunter pertanyaan/pendaftaran yang ada di klinik. Cakap macam ni " saya nak buat Ujian HIV " . Dia akan kasi borang untuk korang isi. Ala isi nama, alamat bla..bla..bla..

Langkah 2 : korang perlu bayar RM 1.00 

Langkah 3 : Dia akan minta korang bawa borang yang diisi tadi untuk di bawa ke makmal. Nanti korang perlu letak borang tu dalam bakul. Kalau tak tau nak letak dekat mana tanya orang yang ada kat dalam makmal tu. 

Langkah 4 : semasa di langkah 1 tadi korang akan diberi nombor giliran. tunggu nombor korang dipanggil.

Langkah 5 : bila dah dipanggil dia akan tanya . "NAMA? " kemudian dia akan amek darah, pakai benda macam stepler tu hahahaa..entah la apa benda. Orang ramai cakap rasa macam kena gigit semut. Tapi aku rasa macam kena sengat tebuan je. Tunggu sehingga nama korang dipanggil lagi sekali apabila result dah keluar.

Langkah 6 : bawa result tersebut di kauter utama tadi. dia akan tunjuk kat mana korang perlu bawak keputusan tu. kemuadian borang tu perlu diletak dalam bakul jugak. tunggu sehingga nama korang dipanggil.

Langkah 7 : bila dah panggil amek keputusan dan dah selesai!  

Hoyeahhh dah selesai 1 benda. tahniah tahniah untuk diri sondiri.

Regards :
Nisa Fadzil

Tuesday, December 25, 2012

Pengalaman Menghadiri Kursus Perkahwinan

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik kurang lagi 3 bulan aku dah nak kahwin. Memang tak rasa diri ni nak kahwin sehinggalah aku dan tunang pergi kursus kahwin. Cerita bab kursus kahwin ni, dulu masa dekat maktab dah daftar nak pergi kursus. Masa tu yuran hanya RM 50. Tapi aku buat perangai last minit tak nak pergi pulak. Malas la apa lah! banyak sungguh alasan.

Cadangnya mula-mula nak ambil kursus dekat ipoh je. Tapi masalah tunang aku nak tido dekat mana? hotel boleh ja tapi buat apa nak membazir ( tak suka tak suka )

Jadi, kami sepakat untuk pergi kursus kahwin sama-sama cuti sekolah bulan disember. Kebetulan tunang aku nak pergi holiday dengan family beliau seminggu. Jadi dia amek cuti lama sikit supaya kitorang sempat uruskan beberapa perkara. 

Maka bermulalah pencarian di 'search engine' google. Kat mana kursus perkahwinan di Alor Setar ni. Setahu aku, yang aku pernah jumpa dekat Pusat Dakwah bersebelahan dengan City Plaza. Aku pon cari lagi mana tau ada tempat lain selain pusat dakwah. Terima kasih sesiapa yang tulis entry tentang Kursus Kahwin. Tersangatlah membantu! terima kasih terima kasih.

Jadi aku pon tulis entry yang sama supaya dapat bantu mereka-mereka yang mencari maklumat tentang kursus kahwin. 

Pendekkan cerita aku amek kursus di Zaliny Enterprise

Alamat         : 
973, Bangunan Peruda, Jln Sultan Badlishah Alor Star, Kedah

No. Telefon  :
04-7355663, 04-7358066/ 019-4502528

Untuk lebih memudahkan korang semua, aku cerita sikit lokasi tempat ni.

Terletak berhadapan dengan Bangunan TNB. kalau tak tau jugak korang cari star perade. Bangunan TNB tu sebelah star parede je...

dah jumpa TNB, Zaliny enterprise ada dekat depan bagunan TNB tu. Jelas tak??


Kalau nak tengok facebook dia refer link ni zaliny kursus perkahwinan

Tak payah susah-susah nak pergi sana untuk booking tarikh kursus. Hanya perlu telefon dan dia akan bagi pilihan tarikh. kemudian dia akan tanya nama penuh dan no. k/p. dah selesai..

Bayaran : RM 70 ( kalau pergi sorang )

daftar 2 orang dapat diskaun jadi RM65.00

Bayar sewaktu nak hadiri kursus kahwin tu. senang je kan. Kursus hari pertama kena datang pukul 8.30 untuk pendaftaran. beratur untuk semak nama masing-masing dan jelaskan bayaran. Ceramah bermula pada pukul 9.00 pagi.

Pakaian : bagi wanita, sila memakai baju kurung dan tudung (wajib), lelaki hanya perlu berpakaian kemas.

Jangan la dok buat rempang pakai seluar untuk perempuan. kena sound dengan ustazah dan ustaz nanti oi. tak sesuai dengan majlis katanya. ( betul la kita kena hormat majlis agama macam ni, sila pakai baju kurung ye..)

Sepanjang menghadiri kursus :

Hahaahaaa mesti ramai yang cari tentang pengalaman menghadiri kursus perkahwinan. Aku faham perasaan korang. Jadi aku nak cerita tentang pengalaman aku.

Bagi aku, kursus dekat Zaliny ni best je. Sebab tak terlalu bosan. penceramah pon sempoi-sempoi je. Cuma ada penceramah yang suka sesi soal jawab. Yang bestnya tak ada exam. kalau dekat pusat dakwah ada exam heheehee...

Selesai dua hari berkursus. Baru la tau apa yang nak dibuat. penting tu untuk faham tajuk prosedur perkahwinan. Setakat ini sahaja. kalau ada yang tertinggal aku akan update kemudian. 

Regards :
Nisa Fadzil



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...