Sunday, November 25, 2012

Mask pilihan

Assalamualaikum,

Cuti sekolah ni aku asyik ulang alik pergi Watson cari Mask. Kononnya mau kasik muka aku flawless dan gebus la. Muka dah rasa kasar semacam ja. Kali terakhir pergi facial, sebelum bertunang. Lepas tu facial ke mana, diet lagi la ke laut terus. Banyak benda nak aku campak dalam blog ni memori sepanjang 2012. Tapi hari ni aku nak tulis tentang ' Favorite ' mask aku. 

Sekarang ni 'ranking' no. 1 pilihan mask aku yang ini ler. Beli ja kat Watson. Kenapa aku suka? 
Sebab dia dari jenis "Mud" iaitu lumpur. Hohooo entah selalu pergi facial akak tu punya mask gile best. lebih kurang yang ni la feel bila pakai. 


Lepas kerja muka pon stress ja. Kalau pakai ni terus rasa lega. Sejuk, relaxing, bau dia pon ok. Jadi tersangat la best untuk dicuba. Dalam paket tu sebenarnya boleh ja pakai untuk 2 kali. kalau pakai banyak sangat nanti muka tegang gile.

Cara pakai, bersihkan muka dan lumur la lumpoq ni dekat muka. selepas 15-20minit boleh la dibilas dengan air. Hasilnya muka kita lebih fresh dan kita boleh perasan cantik untuk 10 minit haha!

Regards :
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...