Friday, November 23, 2012

Cuti Sekolah Datang Lagi !

Selamat bercuti ! Loncat-loncat boleh cuti panjang. Cuti sekolah ni aku nak uruskan persiapan kahwin di samping menghadiri kenduri kahwin kawan-kawan. Hampa semua pakat-pakat kahwin yer.. Tahniah jodoh dah sampai. 

Ada 3 bulan lagi sebelum nak tukar status. Cuak pon ada. Betoi ka nak kahwin ni? Mencari cincin untuk lelaki ni gile mencabar. Mau aku pusing KL tak jumpa-jumpa jugak yang berkenan. Memang limited edition la barang orang lelaki ni. 

Peristiwa mencari cincin. Mungkin disebabkan stress cincin tunang aku tak jumpa lagi aku boleh bantai naik hantu di tengah-tengah Mid Valley . Isunya disebabkan tunang aku tak potong rambut dan sangat menyakitkan mata aku yang memandang dari jarak dekat. Entah kenapa aku sangat emosi terus menangis. memang sungguh-sungguh punya nangis sedih sebab tunang tak potong rambut. 

Lepas tunang potong rambut baru aku back to normal. Ceria macam tak dak apa-apa yang jadi. heheheee sorry la upa, tunang you ni pelik kan. tiba-tiba emosi. Sebab saya dah cakap, tak suka lelaki rambut panjang.

Perkataan terima kamu seadanya bukan bermaksud menerima kamu dengan rambut panjang dan kusut. terima seadanya bermaksud kalau kulit awak gelap. YA SAYA TERIMA SEADANYA. Kalau awak ada parut dekat kening . YA SAYA TERIMA SEADANYA. 

Jadi Si tunang sudah dapat pengajarannya. Disebabkan rambut panjang aku akan menangis depan orang ramai. ( memang kurang sioman ) . 

Persediaan Perkahwinan :

Baru selesai beli baju untuk akad nikah. Dah hantar untuk jait. Thanks nana sudi jahit baju nikah aku :)
Photographer pon dah booking.


Butik pengantin pon dah booking.

Alhamdullillah benda-benda yang buat aku stress ni dah selesai. Kursus kahwin coming soon pon dah booking jugak. Betapa kuasa di hujung jari aku malas nak pergi daftar. Hanya perlu telefon je. Nanti next entry aku cerita aku ambil kursus kat mana. sebab kurang sangat dekat internet pasal tu ( pengalaman sendiri cari tempat kursus kawen ).

Sekarang tengah busy abang aku nak kawen. biasa la orang lelaki dia serah dekat mak bapak je. depa bukan tau apa pon. Jadi aku ni jadi driver mak aku ke hulu ke hilir cari barang kawen.

Mood : Membebel-bebel..

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...