Tuesday, November 27, 2012

Coklat Bar Rendah Karbohidrat

Hye,

Sekarang mood menguruskan badan. Hasil membela lemak lebih kurang 8 bulan tanpa diet, maka aku isytiharkan aku adalah manusia obesiti. Malu nak tengok diri sendiri meluat semua ada ( hohoo emo melampau ) . Hari ni baru masuk hari ke-6 aku diet. Aku dah tak sekuat dulu. memang induction sampai 2 minggu tanpa kantoi. Kali ni baru masuk hari ke-6 aku dah mula rasa fade up dengan makanan-makanan diet. setakat nasik kalau tak makan aku tak peduli sangat. Tapi mulut ni gatal nak makan benda-benda manis. Aku dah ter 'imagine' donut yang sedap disalut coklat dan kacang. Huaaa sedap kot....

Maka di hari yang ke-6 ni lepas magrib aku dah tak tahan dah. nak jugak makan benda manis walaupun aku tengah diet. Maka sepantas kilatnya aku jerit dekat bilik mak, mak!!!adik pi aloq staq mall sat. mak cakap " ok beli cabai kering sat " baik rojer akan dibeli...

Dengan lajunya aku start kereta parking sesuka hati bagai parking tu bapak aku punya. Aku pon laju-laju jalan masuk Watson. Mencari-cari benda yang aku mengidam...nak tau apa dia...eheeee. tadaaaa!




Rendah kandungan karbohidrat kalau nak dibandingkan dengan coklat lain. hanya 6.2 carbs per bar. Setakat ni aku baru try flavor 'chocolate Crunchy Nut' memang sedap gile weii.. ada kacang.

Tapi harga dia pon sedap jugak. 1 paket tu RM9.90. boleh didapati di Watson yang berdekatan dengan anda. Baiklah selamat berdiet semoga kurus ! yeaaaaaaahhh semangat semangat semangat

Regards:
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...