Sunday, September 23, 2012

Majlis Pertunangan

Hantaran pertunangan bagi takrifan aku haruslah sesuatu yang bersifat sederhana dan tidak terlalu sarat. Macam biasa la bab-bab hantaran ni kakak dan mak aku la yang pakar. Aku ni memang dilahirkan tak kreatif .

Huaa tak minat la bab-bab hantaran ni. Nasib baik jugak aku ada kakak, kalau tak menggagau jugak nak buat sendiri. nak beli siap kat kedai harga bukan main lagi oii.... buat sendiri atau adik beradik yang buatkan lebih menjimatkan. Thanks kakak.


Sekoq bahulu ikan missing in action. Sepatutnya ada 7 dulang tu . Tunang aku request kasut sebab kasut dia dah hancur dia buat pakai pi kerja. Bila nak dating dia pakai kasut buruk. ada ka patot?


Pelamin pon akak yang buat. aku sedia duit ja. Thanks kakak buat pelamin sekali. hehee achik tolong kemas ja.

Nak dapat fresh flower kat aloq staq ni punya la susah. Ada satu ja kedai India ni jual bunga. Tapi bapak mahai. Mentang-mentang la dia ja yang jual kat situ. 

Kain tirai kat belakang tu, beli dekat ikea yang putih gebu-gebu buat alas mini pelamin pon dekat ikea jugak. 






Itu saja bab pertunangan, majlis berlansung dengan penuh sederhana. Lepas ni fikir bab kahwin pulak. Argh kursus kahwin pon kita tak pi lagi upa Oiii..

Regards :
Nisa Fadzil 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...