Friday, September 21, 2012

Aduan Pengguna : Pekerja di Wah Chan Mydin, Ipoh yang Tidak Mesra Pelanggan

Kepada bakal-bakal pengantin sudah semestinya korang sangat sibuk mencari design cincin perkahwinan kan? Antara benda yang penting sebagai perlambangan sesuatu ikatan. Sebagai perlambangan ye...Jadi semestinya kita akan menjadi tersangat cerewet untuk mendapatkan sesuatu yang berkualiti dan memuaskan hati kita. Betoi dak??

Maka, kita akan berjalan serata ceruk seantero pekan untuk mencari cincin idaman. Dalam kes ni, aku mencari cincin untuk tunang aku la. cincin orang lelaki mana la nak banyak design sangat. memang menggagau la aku nak mencari cincin.

Cincin Suasa dah tak boleh cari yang tinggal hanya cincin silver la jawabnya. Maka hari ni lepas habis kursus, aku pon terus la memandu dalam keadaan hujan lebat menuju ke Mydin, Ipoh. Sekali sekala ja aku pergi Mydin ni sebab jauh dari rumah. Tapi memandangkan tak berapa jauh dari tempat kursus aku pon meringankan kaki tekan minyak drive ke situ.

Aku pon terus la menuju ke kedai emas ni kan. Ini masuk kali ke-2 aku pergi Wah Chan tu. Layanan kali pertama aku boleh consider lagi. dia jawab macam nak tak nak ja.....

Masuk kali ke-2 ni aku terima layanan yang lagi menyakitkan hati. Sepatutnya, kita kalau bekerja sebagai promoter, tugas kita memang kena menjawab segala soalan costumer tentang barangan yang dia hendak beli. Al-maklum la benda yang nak dibeli itu, bukannya umpama membeli ikan di 'market'. Ini melibatkan duit yang angkanya agak besar. Apabila soalan yang aku ajukan dia jawab 'kerek' macam aku mintak duit dia ja untuk bayar, aku mula la naik darah. Aku tanya harga dia bantai boleh jawab ' itu la! harga sama macam dekat situ !" Itu jawapan yang aku dapat.

Bila aku gabungkan layanan ala-ala lebih kurang, pemalas nak ambil cincin itu ini yang aku minta, malas nak menjawab soalan pasai saiz cincin dan digabung dengan jawapan harga tadi serta ekspresi wajah yang seperti tak mahu bekerja aku mula mengeluarkan ayat seperti ini kepada beliau :

" Kenapa you macam TAK PERAMAH ye? I costumer, bila I tanya harga you sepatutnya kena jawab. sebab I tak tahu harga barang yang you jual ni. You tak boleh jawab macam tadi suruh I tengok sendiri ! " 

Lalu muka promoter tersebut telah tunduk kelihatan terkejut, sebab dia tak sangka dia dimarahi oleh seseorang yang kelihatan muda remaja tapi hakikatnya umurnya sudah mencecah 25 tahun. jadi manusia yang mencecah 25 tahun itu, akan marah apabila haknya telah dirampas oleh promoter tersebut. 

Rasanya kalau setakat costumer kena membelek harga sendiri dengan bersusah payah baik letak robot je kat situ. tak payah pakai tenaga manusia yang egonya sangat tinggi walaupun berjawatan promoter. 

Minta maaf andai saya lebih muda membuat teguran untuk awak Pn. Promoter. Isunya di sini awak bekerja dan gaji awak itu dibayar untuk menjual barangan tersebut. kalau awak 'kerek' agak-agak la orang nak beli ka barang yang awak jual?  Orang macam ni mencacatkan imej organisasi ja. Jawatan yang paling sesuai untuk Pn. Promoter adalah menjadi BOSS sepenuh masa. memandangkan awak tak berminat melayan costumer.

p/s : Sangat memuji akak promoter di Habib Jewels, The Curve. Layanan memang first class.. kalau kita murah senyuman dan ramah, rezeki akan sentiasa ada untuk kita. renung-renungkan

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...