Sunday, September 23, 2012

Majlis Pertunangan

Hantaran pertunangan bagi takrifan aku haruslah sesuatu yang bersifat sederhana dan tidak terlalu sarat. Macam biasa la bab-bab hantaran ni kakak dan mak aku la yang pakar. Aku ni memang dilahirkan tak kreatif .

Huaa tak minat la bab-bab hantaran ni. Nasib baik jugak aku ada kakak, kalau tak menggagau jugak nak buat sendiri. nak beli siap kat kedai harga bukan main lagi oii.... buat sendiri atau adik beradik yang buatkan lebih menjimatkan. Thanks kakak.


Sekoq bahulu ikan missing in action. Sepatutnya ada 7 dulang tu . Tunang aku request kasut sebab kasut dia dah hancur dia buat pakai pi kerja. Bila nak dating dia pakai kasut buruk. ada ka patot?


Pelamin pon akak yang buat. aku sedia duit ja. Thanks kakak buat pelamin sekali. hehee achik tolong kemas ja.

Nak dapat fresh flower kat aloq staq ni punya la susah. Ada satu ja kedai India ni jual bunga. Tapi bapak mahai. Mentang-mentang la dia ja yang jual kat situ. 

Kain tirai kat belakang tu, beli dekat ikea yang putih gebu-gebu buat alas mini pelamin pon dekat ikea jugak. 






Itu saja bab pertunangan, majlis berlansung dengan penuh sederhana. Lepas ni fikir bab kahwin pulak. Argh kursus kahwin pon kita tak pi lagi upa Oiii..

Regards :
Nisa Fadzil 

Friday, September 21, 2012

Aduan Pengguna : Pekerja di Wah Chan Mydin, Ipoh yang Tidak Mesra Pelanggan

Kepada bakal-bakal pengantin sudah semestinya korang sangat sibuk mencari design cincin perkahwinan kan? Antara benda yang penting sebagai perlambangan sesuatu ikatan. Sebagai perlambangan ye...Jadi semestinya kita akan menjadi tersangat cerewet untuk mendapatkan sesuatu yang berkualiti dan memuaskan hati kita. Betoi dak??

Maka, kita akan berjalan serata ceruk seantero pekan untuk mencari cincin idaman. Dalam kes ni, aku mencari cincin untuk tunang aku la. cincin orang lelaki mana la nak banyak design sangat. memang menggagau la aku nak mencari cincin.

Cincin Suasa dah tak boleh cari yang tinggal hanya cincin silver la jawabnya. Maka hari ni lepas habis kursus, aku pon terus la memandu dalam keadaan hujan lebat menuju ke Mydin, Ipoh. Sekali sekala ja aku pergi Mydin ni sebab jauh dari rumah. Tapi memandangkan tak berapa jauh dari tempat kursus aku pon meringankan kaki tekan minyak drive ke situ.

Aku pon terus la menuju ke kedai emas ni kan. Ini masuk kali ke-2 aku pergi Wah Chan tu. Layanan kali pertama aku boleh consider lagi. dia jawab macam nak tak nak ja.....

Masuk kali ke-2 ni aku terima layanan yang lagi menyakitkan hati. Sepatutnya, kita kalau bekerja sebagai promoter, tugas kita memang kena menjawab segala soalan costumer tentang barangan yang dia hendak beli. Al-maklum la benda yang nak dibeli itu, bukannya umpama membeli ikan di 'market'. Ini melibatkan duit yang angkanya agak besar. Apabila soalan yang aku ajukan dia jawab 'kerek' macam aku mintak duit dia ja untuk bayar, aku mula la naik darah. Aku tanya harga dia bantai boleh jawab ' itu la! harga sama macam dekat situ !" Itu jawapan yang aku dapat.

Bila aku gabungkan layanan ala-ala lebih kurang, pemalas nak ambil cincin itu ini yang aku minta, malas nak menjawab soalan pasai saiz cincin dan digabung dengan jawapan harga tadi serta ekspresi wajah yang seperti tak mahu bekerja aku mula mengeluarkan ayat seperti ini kepada beliau :

" Kenapa you macam TAK PERAMAH ye? I costumer, bila I tanya harga you sepatutnya kena jawab. sebab I tak tahu harga barang yang you jual ni. You tak boleh jawab macam tadi suruh I tengok sendiri ! " 

Lalu muka promoter tersebut telah tunduk kelihatan terkejut, sebab dia tak sangka dia dimarahi oleh seseorang yang kelihatan muda remaja tapi hakikatnya umurnya sudah mencecah 25 tahun. jadi manusia yang mencecah 25 tahun itu, akan marah apabila haknya telah dirampas oleh promoter tersebut. 

Rasanya kalau setakat costumer kena membelek harga sendiri dengan bersusah payah baik letak robot je kat situ. tak payah pakai tenaga manusia yang egonya sangat tinggi walaupun berjawatan promoter. 

Minta maaf andai saya lebih muda membuat teguran untuk awak Pn. Promoter. Isunya di sini awak bekerja dan gaji awak itu dibayar untuk menjual barangan tersebut. kalau awak 'kerek' agak-agak la orang nak beli ka barang yang awak jual?  Orang macam ni mencacatkan imej organisasi ja. Jawatan yang paling sesuai untuk Pn. Promoter adalah menjadi BOSS sepenuh masa. memandangkan awak tak berminat melayan costumer.

p/s : Sangat memuji akak promoter di Habib Jewels, The Curve. Layanan memang first class.. kalau kita murah senyuman dan ramah, rezeki akan sentiasa ada untuk kita. renung-renungkan

Wednesday, September 12, 2012

Perempuan dan " RUMIT "

Pernah anda tahu betapa lecehnya menjadi perempuan.




  • owohh kenapa kulit ni kasaq ja. kena beli losyen baru ni..yang lama tak sesuai : lalu dibelinya 2-3 losyen dengan tamaknya. pakai hangat-hangat taik ayam.
  • alamak rambut ni kusam/kering/tak shining-shining pon! : google blog-blog yang tulis review shampooo
  • Kenapa muka ni gelap, sun burn apa bagai..sangat tak comei !! : bergegas ke pasar raya dan watson berdekatan kelam kabut cari solusi untuk muka yang katanya dah gelap macam MALAM
  • Alamak! parut banyak dekat kaki! : lalu dibukanya forum-forum dan di google cara-cara menghilangkan parut. Ok pergi cari ubat parut yang sekecik alam berharga RM50. balik rumah excited sapu, sebulan kemudian, " hurm kurang ke tak parut ni, ahhh leceh lalu ubat tu dicampak merata-rata" ..
  • Compact powder ni best, yang tu tak best...yang tu alergik..yang tu bahan kimia banyak...ha yang tu boleh pakai tapi tak boleh kerap.. " ok muka cap MENGADA, fade up aku!"
  • Masker tu best gile pakai....muka jadi tegang. yang satu lagi tu biasa-biasa ja. Next time try yang lain pulak ah! " itu namanya menabur duit setelah penat bekerja" 
  • Membelek-belek hidung di cermin, Alaaamak! ada whitehead blackhead...menggagau-gagau cari benda nak tempek dekat hidung kasi tanggal semua kekotoran.
  • Waktu nak tidur:
         Langkah 1 : Cuci muka
         Langkah 2 : Pakai cream malam ( muka )
         Langkah 3 : sapu losyen kat tangan kaki
         Langkah 4 : sapu ubat parut
         Langkah 5 :makan vitamin c
         Langkah 6 : ZZZzzzzZ dengan harapan esok bangun terus cantik

Macam tu la kisahnya menjadi perempuan. Wahai perempuan, engkau sangat RUMIT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...