Friday, August 10, 2012

Kata Hati Itu Keperluan

Keperluan dan Kehendak. Ayat tu pernah buat aku tersentak suatu masa dulu. Sekarang baru aku tau betapa besarnya manfaat bila kita tahu membezakan antara keperluan dan kehandak nafsu semata. Tapi aku tak nak jadikan diri aku sebagai "bakhil " untuk diri sendiri. Cuma setiap benda ada limitasinya. Tak perlu terikut-ikut dengan orang lain. Orang pakai kereta mahal kita dengki dan nak beli yang super duper mahal. Itu adalah KEHENDAK melampaui batas. Hakikatnya semua mampu bergaya dengan hutang sepikul di bank. Cuma kemudian, rasalah diri menjadi HAMBA ABDI bank. Aku tak mahu masuk dalam kategori itu.

Rasional keperluan dan kehendak tu bergolak lagi bila blackberry yang selama ni menjadi pujaan hati ROSAK. Mulalah rasa diri perlukan hadphone baru yang nampak anggun bergaya kononnya. Diri dikuasai nafsu mahukan handphone yang paling canggih. Kata nafsu alang-alang nak beli ambil yang canggih terus. 

Nafsu terus berbisik memberikan fantasi indah. Katanya kamu tak ada kamera lagi. SILA BELI YANG PALING CANTIK tanpa mempedulikan "function" yang ada. Katanya Gaya Itu Keunggulan. Papa kedana difikirkan kemudian. Diri mula hilang rasional lagi. Terhasut dek pujuk rayu nafsu.

Kesimpulannya, orang yang gagal adalah orang yang sentiasa mencari faktor lain untuk disalahkan. menjadikan dirinya teranaiya dan terpaksa mengambil keputusan mengikut nafsu. Seolah-olah diletakkan senapang oleh "terrorist " dan dipaksa membeli handphone dan kamera canggih. ( bengong sungguh ).

Lamunan terhenti bila memikirkan diri perlu matang dalam membuat keputusan. Teruskan memakai handphone RM54 sambil munasabah diri :)

p/s : Bersederhana itu lebih baik. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...