Saturday, June 2, 2012

Tentang Rasa : Payau


Pernah satu ketika aku balik kerja, aku  rasa nak sangat pergi kedai buku. Ayat yang keluar dari mulut aku " Jom teman aku pergi kedai buku, aku rasa aku nak baca buku motivasi la " . Ok korang boleh bayangkan betapa pelik dan skemanya orang yang keluarkan ayat tu. 

Mental aku sangat letih memikirkan kerja yang makin dibuat makin ditambah-tambah. Bila duduk di meja sendiri serabutnya jadi kuasa tiga. Bersepah melambangkan aku yang kusut. Tapi aku cuba atasi kusut itu semampu aku.

Hari ni aku berjaya cari satu buku yang aku rasa dapat mengurangkan tekanan yang mula berkhemah dalam otak aku. Bila buka helaian 1 sambil tengok Versus aku dah cakap  "wow buku ni sangat awesome" . Jari jemari ligat cuba gambarkan perasaan keterujaan. Tapi tu semua hanya akan jadi lepas aku habis tengok "King 2 Heart" dekat Maadu.com. ( ahaks kecoh)

Nanti aku cerita apa yang bestnya dalam buku tu. Tajuk dia "MENGATASI TEKANAN" 

Gile mana ada orang yang beli buku spesis tu dan ter"feeling very excited" lalu letak dalam blog. Argh lantak,type apa yang kau rasa. Pedulikan yang lain yehaa... 

p/s : Tajuk tersangat tak ada hubung kait. 

Regards :
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...