Friday, June 22, 2012

Tentang Dia


  1. Si dia bukan seorang yang cerewet soal makan. Bila dia lapaq dia akan makan apa saja. Tapi yang paling si dia suka perut lembu cicah ayaq asam, sup perut dan sekutu dengan masakan perut.
  2. Si dia seorang yang S.A.B.A.R. Sabar tunggu makanan dekat kedai makan, sabar cari parking, waktu memandu dan sabar dengan tunang dia.....aku pernah rosakkan beg dia yang baru beli .baru pakai sekali masa dia pi korea. Tapi dia boleh cakap "tak pa la benda dah jadi" hehe. ada lagi, aku pernah memerap suruh bawak aku pergi the curve - mid valley - ampang - the curve semata-mata nak pilih barang sampai puas hati. si dia ok ja walaupun jalan jem ngeee
  3. Suka warna BIRU.
  4. Pemalas basuh kereta/moto ( kontra dengan aku! )
  5. Tak suka basuh kasut ( katanya pakai buruk-buruk baru nampak best..BANYAK la!)
  6. Tak suka pakai minyak rambut ( si tunang akan membebel sambil tempek minyak rambut time dia drive)
  7. Pemalas iron baju
  8. Malas nak fikir teruk-teruk ( amek mudah la tu)
  9. Suka game yang uji minda. Main game si dia memang champion. Aku hanya mampu duduk sebelah dan jadi tunggul.dia main sorang-sorang.
  10. Bila marah dia akan diam ja..(tanda marah tahap kronik)
  11. Makan 1 atau 2 lauk ja. Tak suka banyak sangat "semak" katanya.
  12. Si dia tak minum MILO
  13. Buat "kering " - orang marah dia wat kering (wat tak tau ja)
  14. Berdisiplin simpan duit ( aku ja hampeh)
  15. Duit dalam wallet disusun dengan kemas. susun sama ja. ( Aku biar ja duit tu lintang pukang. Alasan nanti nak pakai jugak duit tu haha)
  16. Tidoq mati. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi kalau nak kejut dia. sakit hati!
  17. Suka buat perangai bila dating...contohnya menggila di tengah jalan nyanyi-nyanyi tak tentu pasal
  18. Tak suka Karaoke ( sebab sora TERLALU sedap)
  19. Pemurah - memang tak kedekut lansung kalau ada duit.mintak ja apa pon bodek ja mesti dapat kehkeh
  20. Perokok Tegar dan perokok KETEGAQ. janji dengan aku dari tahun 2004 konon nak kurangkan merokok. tapi hampeh yang aku dapat. 
  21. Dia suka lagu jepun dan K-pop ( tak boleh diterima ni eeeuww!)
  22. Suka tengok hindustan ( tak disangka-sangka hati bertaman)
  23. Tak suka lagu rock kapak sama macam aku
  24. Tidoq pakai spek
  25. Si dia suka kucing. nama kucing kesayangan dia KELABU yang pemalas, gemuk dan suka tidoq dalam air-con ( mengada kan kau kucing!)
  26. Perlu diakui otak tunang aku lagi laju berfikir daripada aku terumatanya berkaitan ANGKA! aku pandai on paper ja. congak HAMPEH.
  27. Cepat hafal jalan. Kalau bersama dia aku tak payah risau la, pandai-pandai la dia cari jalan sendiri

Konklusi : Awak sempurna bagi saya :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...