Wednesday, June 6, 2012

Apakah Cerita Perodua Anda?

Tadi tengok berita sambil mengoogle-google. Tetiba dengar berita pasal "apakah cerita produa anda". Wah macam best. Aku pon terus bukak website ni peroduastory.com. Bagus la kempen ni sebab Pengarah Urusan Perodua  Datuk Aminar Rashid Salleh sendiri nak sangat tahu dan mendengar apa sahaja cerita menarik tentang Perodua masing-masing. Bagus sangat-sangat sebab dengan ini perodua akan dapat banyak maklumat untuk membuat penambah baikan dan sebagainya. Terutama tentang persoalan kenapa orang ramai mengelak untuk servis kereta masing-masing di perodua.




Cerita Perodua Cik Nisa Fadzil :

Kereta pertama aku adalah perodua viva 1.0 Auto. Kereta ni diperturunkan dekat aku setelah akak aku nak beli kereta baru yang lebih besar sebab dah ada baby. Viva kecik sangat nak bawak barang-barang untuk balik kampung. 

Memang seronok la dapat viva, warna putih pulak tu nampak hensem gile.


Masa tu aku belajar lagi dekat maktab, dah semester akhir. Bila dah dapat kereta boleh la pergi jalan-jalan seronok gile sebelum ni merempit ja kat KL. Sampai sekarang kecintaan aku dekat kereta aku ni bertambah-tambah. Kenapa? 

Jimat minyak

Memang tersangatlah jimat minyak. Bila jimat minyak maka secara automatiknya jimat la duit aku. Setakat ni   nak ulang alik pergi sekolah campur pergi tesco,giant, seminggu duit minyak aku RM30. Sebulan peruntukan duit minyak aku RM120.00. Memang jimat sebab aku pakai kereta auto. memang sayang sangat dekat viva aku ni. Balik kampung ipoh-alor setar RM30 jugak. Disebabkan kereta aku jimat minyak aku boleh merayap sesuka hati tanpa was-was.

Senang Parking

Bagi manusia yang tak berapa nak cekap parking macam aku ni, viva aku ni sangat 'awesome '. Zaman sekarang kan zaman kedekut tanah. kotak parking pon seconet ja. Kalau bawak kereta besaq-besaq jawabnya basah ketiak dulu baru nak boleh masuk kotak. Dengan viva sekali masuk kotak parking ja beb. Memang penjimatan ruang betul la. 

Senang nak Menyelit dan U- turn 

Ipoh ni dah macam dok KL jugak la kalau waktu kemuncak pergi dan balik kerja. Jalan jem teruk oi. jadi dengan kekecikkan kereta aku ni aku senang ja nak selit-selit kasi cilok sikit tanpa rasa bersalah. Kalau tersalah jalan pulak, wah ruang sikit conet pon senang ja aku nak U-turn. Skill u-turn ni penting bila korang nak drive pi pasar malam. Cer try..

Tak gegar walaupun aku speed 140km/j

Aku ni bukan tahap racing nak tekan laju-laju sangat. cukup la sekadar tekan 140km/j nak balik kedah. Setakat ni tak dak pon gegar-gegar maknanya selamat la tu. baguih-baguih. tapi kalau ada kereta depan kelip-kelip lampu aku pon sopan ja bawak 110km/j. Lakonan sangat perlu ketika di highway utara - selamat. Bersekutu membawa Mutu. memang pengguna jalan raya semua bekerjasama bab-bab kalau ada road block ni ahaks. 

Tapi persoalan-persoalan lain, kat mana aku servis kereta?

Aku memang tak servis dekat perodua sebab mahal sangat la. Memang diakui servis perodua sangat best tapi kalau melibatkan duit beratus-ratus aku sanggup pergi bengkel biasa ja. Kalau dekat workshop biasa aku bayar RM80 ja. Bayangkan kalau aku pergi servis perodua mau kena bayar RM200-RM300. Jadi mesti la aku nak jimat. Sapa tak sayang duit oi (!)  

Tapi masa aku excident ada budak langgar bontot kereta aku memang aku mintak dia bawak pergi perodua sebab aku tak nak dia bagi aku spare part tipu. Tahniah Perodua Jalan Lahat sebab aku agak berpuas hatiidengan servis yang diberi. Aku tengah hot kena langgar leh jugak makan eskrem kat perodua. Aku dapat origanal spare part yeah 

Sekarang Perodua Viva aku dah berusia hampir 4 tahun. Aku sangat berbangga dengan kereta aku yang kecik ni. Pernah terdetik nak tukar kereta, tapi bila fikirkan komitmen bulanan, duit minyak dan maintenance aku terus buang angan-angan aku ke laut. 

Sekian cerita perodua aku ehee.... 


Regards :
Cik Nisa Fadzil

1 comment:

  1. nak buat bini no 4 bolee.. ahahaa, cik biba tu laaa..

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...