Friday, June 22, 2012

Tentang Dia


  1. Si dia bukan seorang yang cerewet soal makan. Bila dia lapaq dia akan makan apa saja. Tapi yang paling si dia suka perut lembu cicah ayaq asam, sup perut dan sekutu dengan masakan perut.
  2. Si dia seorang yang S.A.B.A.R. Sabar tunggu makanan dekat kedai makan, sabar cari parking, waktu memandu dan sabar dengan tunang dia.....aku pernah rosakkan beg dia yang baru beli .baru pakai sekali masa dia pi korea. Tapi dia boleh cakap "tak pa la benda dah jadi" hehe. ada lagi, aku pernah memerap suruh bawak aku pergi the curve - mid valley - ampang - the curve semata-mata nak pilih barang sampai puas hati. si dia ok ja walaupun jalan jem ngeee
  3. Suka warna BIRU.
  4. Pemalas basuh kereta/moto ( kontra dengan aku! )
  5. Tak suka basuh kasut ( katanya pakai buruk-buruk baru nampak best..BANYAK la!)
  6. Tak suka pakai minyak rambut ( si tunang akan membebel sambil tempek minyak rambut time dia drive)
  7. Pemalas iron baju
  8. Malas nak fikir teruk-teruk ( amek mudah la tu)
  9. Suka game yang uji minda. Main game si dia memang champion. Aku hanya mampu duduk sebelah dan jadi tunggul.dia main sorang-sorang.
  10. Bila marah dia akan diam ja..(tanda marah tahap kronik)
  11. Makan 1 atau 2 lauk ja. Tak suka banyak sangat "semak" katanya.
  12. Si dia tak minum MILO
  13. Buat "kering " - orang marah dia wat kering (wat tak tau ja)
  14. Berdisiplin simpan duit ( aku ja hampeh)
  15. Duit dalam wallet disusun dengan kemas. susun sama ja. ( Aku biar ja duit tu lintang pukang. Alasan nanti nak pakai jugak duit tu haha)
  16. Tidoq mati. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi kalau nak kejut dia. sakit hati!
  17. Suka buat perangai bila dating...contohnya menggila di tengah jalan nyanyi-nyanyi tak tentu pasal
  18. Tak suka Karaoke ( sebab sora TERLALU sedap)
  19. Pemurah - memang tak kedekut lansung kalau ada duit.mintak ja apa pon bodek ja mesti dapat kehkeh
  20. Perokok Tegar dan perokok KETEGAQ. janji dengan aku dari tahun 2004 konon nak kurangkan merokok. tapi hampeh yang aku dapat. 
  21. Dia suka lagu jepun dan K-pop ( tak boleh diterima ni eeeuww!)
  22. Suka tengok hindustan ( tak disangka-sangka hati bertaman)
  23. Tak suka lagu rock kapak sama macam aku
  24. Tidoq pakai spek
  25. Si dia suka kucing. nama kucing kesayangan dia KELABU yang pemalas, gemuk dan suka tidoq dalam air-con ( mengada kan kau kucing!)
  26. Perlu diakui otak tunang aku lagi laju berfikir daripada aku terumatanya berkaitan ANGKA! aku pandai on paper ja. congak HAMPEH.
  27. Cepat hafal jalan. Kalau bersama dia aku tak payah risau la, pandai-pandai la dia cari jalan sendiri

Konklusi : Awak sempurna bagi saya :)

Sunday, June 17, 2012

Tentang aku


  1. Suka warna merah dan hitam.
  2. Kepala angin dan garang
  3. Suka makan kari ketam dan sambai udang walaupun alergik.
  4. Bila drive jarak jauh aku akan buat konsert dan menyanyi dengan penuh perasaan.
  5. Bila terlalu panas aku akan tidoq sambil celop kaki dalam air ( kau ade haha)
  6. Aku sangat cuai dan seorang yang kelam kabut ( typing error adalah dunia aku)
  7. Aku suka baca buku motivasi dan buku pengurusan kewangan ( baca ja tapi tak praktik piii rahhhh)
  8. Boros dan tak reti simpan duit
  9. Seorang yang perahsia..sangat perahsia
  10. Suka bersendiri ( privacy adalah dunia aku )
  11. Ais krim bagi aku satu terapi.
  12. Tidak suka diarah itu dan ini, aku akan melenting
  13. Tak reti pakai kain batik (sangat memalukan)
  14. Suka kumpul tabung yang comei-comei ( baru-baru ni jumpa tabung bentuk handbag cantik oi !)
  15. Memilih bila nak beli cadar. Mesti beli yang 100% cotton. memang tahap mak cik makcik punya cerewet.
  16. Lepas mandi mesti kena pakai bedak Johnson' warna pink. Tabur banyak-banyak bagi wangi.
  17. Tak pernah beli minyak wangi dan jarang pakai sebab asyik pening bila pakai minyak wangi.
  18. Alergik dengan lipstick dan lip-gloss. Doktor kata kena makan buah naga ja bagi mulut merah. Eye shadow pon alergik jugak, kelopak mata akan bengkak bila pakai jenama yang tah apa-apa.
  19.  Suka basuh kereta sendiri. Kalau aku pergi car wash asyik bergaduh dengan bangla. dah dia cuci tak bersih. 
  20. Tak suka lagu rock kapak dan jiwang meleret harap maklum.
  21. Suka tidoq awai. pukul 10 malam aku dah tidoq.
  22. Sangat cerewet bila nak pilih jam tangan. Tak suka jam yang macam pompuan sangat
  23. Bila sedih aku akan dengar lagu yang lagi sedih. biaq feeling sedih sesedih sedihnya. 
  24. Kalau aku nak sesuatu benda aku mesti nak jugak-jugak. kalau nak makan apa pon mesti kena dapat makan. 
  25. Tak suka dan tak reti pakai shawl/selendang/tudung owning. Tudung bawal ja aku pakai ataupun tudung empat segi tu 
  26. Kedekut haji bakhil untuk beli handphone. Sekali ja aku pernah beli handphone sendiri. yang lain semua orang kasik.
  27. Tidak berminat dengan k-pop (tidak sama sekali)
Regards :
Aku yang serba kurang

Saturday, June 16, 2012

Mengurus Masa


Orang yang mengatakan "esoklah saja". Mereka yang jatuh dalam kategori ini menimbulkan masalah pada diri mereka sendiri kerana mereka suka berlengah-lengah, lebih cenderung untuk "memikirkan" tentang kerja dan bukan "melakukannya" . Sifat berlengah ini selalu berpunca daripada rasa bosan, kurang keyakinan, atau keengganan mencari penjelasan.

TIPS UTAMA BAGI ORANG YANG SUKA BERLENGAH-LENGAH

  • Pecahkan tugas yang terlalu banyak menjadi tugasan yang kecil.
  • buat senarai "apa yang perlu dibuat" untuk semua tugasan yang perlu disiapkan dalam jangka masa pendek ( iaitu minggu hadapan) dan dalam jangka panjang.
  • apabila merancang jadual kerja, usaha untuk seimbangkan tugasan rutin dengan kerja yang lebih menyeronokkan.
Ciri-ciri orang yang suka berlengah ialah bila dia selalu mengatakan "esok sajalah". Macam aku ja haha. Asyik memikirkan kerja tanpa melakukan. Silalah berubah (!)



Wednesday, June 6, 2012

Apakah Cerita Perodua Anda?

Tadi tengok berita sambil mengoogle-google. Tetiba dengar berita pasal "apakah cerita produa anda". Wah macam best. Aku pon terus bukak website ni peroduastory.com. Bagus la kempen ni sebab Pengarah Urusan Perodua  Datuk Aminar Rashid Salleh sendiri nak sangat tahu dan mendengar apa sahaja cerita menarik tentang Perodua masing-masing. Bagus sangat-sangat sebab dengan ini perodua akan dapat banyak maklumat untuk membuat penambah baikan dan sebagainya. Terutama tentang persoalan kenapa orang ramai mengelak untuk servis kereta masing-masing di perodua.




Cerita Perodua Cik Nisa Fadzil :

Kereta pertama aku adalah perodua viva 1.0 Auto. Kereta ni diperturunkan dekat aku setelah akak aku nak beli kereta baru yang lebih besar sebab dah ada baby. Viva kecik sangat nak bawak barang-barang untuk balik kampung. 

Memang seronok la dapat viva, warna putih pulak tu nampak hensem gile.


Masa tu aku belajar lagi dekat maktab, dah semester akhir. Bila dah dapat kereta boleh la pergi jalan-jalan seronok gile sebelum ni merempit ja kat KL. Sampai sekarang kecintaan aku dekat kereta aku ni bertambah-tambah. Kenapa? 

Jimat minyak

Memang tersangatlah jimat minyak. Bila jimat minyak maka secara automatiknya jimat la duit aku. Setakat ni   nak ulang alik pergi sekolah campur pergi tesco,giant, seminggu duit minyak aku RM30. Sebulan peruntukan duit minyak aku RM120.00. Memang jimat sebab aku pakai kereta auto. memang sayang sangat dekat viva aku ni. Balik kampung ipoh-alor setar RM30 jugak. Disebabkan kereta aku jimat minyak aku boleh merayap sesuka hati tanpa was-was.

Senang Parking

Bagi manusia yang tak berapa nak cekap parking macam aku ni, viva aku ni sangat 'awesome '. Zaman sekarang kan zaman kedekut tanah. kotak parking pon seconet ja. Kalau bawak kereta besaq-besaq jawabnya basah ketiak dulu baru nak boleh masuk kotak. Dengan viva sekali masuk kotak parking ja beb. Memang penjimatan ruang betul la. 

Senang nak Menyelit dan U- turn 

Ipoh ni dah macam dok KL jugak la kalau waktu kemuncak pergi dan balik kerja. Jalan jem teruk oi. jadi dengan kekecikkan kereta aku ni aku senang ja nak selit-selit kasi cilok sikit tanpa rasa bersalah. Kalau tersalah jalan pulak, wah ruang sikit conet pon senang ja aku nak U-turn. Skill u-turn ni penting bila korang nak drive pi pasar malam. Cer try..

Tak gegar walaupun aku speed 140km/j

Aku ni bukan tahap racing nak tekan laju-laju sangat. cukup la sekadar tekan 140km/j nak balik kedah. Setakat ni tak dak pon gegar-gegar maknanya selamat la tu. baguih-baguih. tapi kalau ada kereta depan kelip-kelip lampu aku pon sopan ja bawak 110km/j. Lakonan sangat perlu ketika di highway utara - selamat. Bersekutu membawa Mutu. memang pengguna jalan raya semua bekerjasama bab-bab kalau ada road block ni ahaks. 

Tapi persoalan-persoalan lain, kat mana aku servis kereta?

Aku memang tak servis dekat perodua sebab mahal sangat la. Memang diakui servis perodua sangat best tapi kalau melibatkan duit beratus-ratus aku sanggup pergi bengkel biasa ja. Kalau dekat workshop biasa aku bayar RM80 ja. Bayangkan kalau aku pergi servis perodua mau kena bayar RM200-RM300. Jadi mesti la aku nak jimat. Sapa tak sayang duit oi (!)  

Tapi masa aku excident ada budak langgar bontot kereta aku memang aku mintak dia bawak pergi perodua sebab aku tak nak dia bagi aku spare part tipu. Tahniah Perodua Jalan Lahat sebab aku agak berpuas hatiidengan servis yang diberi. Aku tengah hot kena langgar leh jugak makan eskrem kat perodua. Aku dapat origanal spare part yeah 

Sekarang Perodua Viva aku dah berusia hampir 4 tahun. Aku sangat berbangga dengan kereta aku yang kecik ni. Pernah terdetik nak tukar kereta, tapi bila fikirkan komitmen bulanan, duit minyak dan maintenance aku terus buang angan-angan aku ke laut. 

Sekian cerita perodua aku ehee.... 


Regards :
Cik Nisa Fadzil

Saturday, June 2, 2012

Tentang Rasa : Payau


Pernah satu ketika aku balik kerja, aku  rasa nak sangat pergi kedai buku. Ayat yang keluar dari mulut aku " Jom teman aku pergi kedai buku, aku rasa aku nak baca buku motivasi la " . Ok korang boleh bayangkan betapa pelik dan skemanya orang yang keluarkan ayat tu. 

Mental aku sangat letih memikirkan kerja yang makin dibuat makin ditambah-tambah. Bila duduk di meja sendiri serabutnya jadi kuasa tiga. Bersepah melambangkan aku yang kusut. Tapi aku cuba atasi kusut itu semampu aku.

Hari ni aku berjaya cari satu buku yang aku rasa dapat mengurangkan tekanan yang mula berkhemah dalam otak aku. Bila buka helaian 1 sambil tengok Versus aku dah cakap  "wow buku ni sangat awesome" . Jari jemari ligat cuba gambarkan perasaan keterujaan. Tapi tu semua hanya akan jadi lepas aku habis tengok "King 2 Heart" dekat Maadu.com. ( ahaks kecoh)

Nanti aku cerita apa yang bestnya dalam buku tu. Tajuk dia "MENGATASI TEKANAN" 

Gile mana ada orang yang beli buku spesis tu dan ter"feeling very excited" lalu letak dalam blog. Argh lantak,type apa yang kau rasa. Pedulikan yang lain yehaa... 

p/s : Tajuk tersangat tak ada hubung kait. 

Regards :
Nisa Fadzil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...