Wednesday, May 30, 2012

Tips Memilih Pelamin yang Sesuai

Tengah bersemangat nak memenuhkan label "My Wedding Diary" .Al-maklumlah sekarang kan tengah cuti sekolah. 

Aku seyakin-yakinnya kebanyakan bakal pengantin akan menjadi sangat gusar tentang dua benda ni :
  • Baju ( mesti nak gempak dan nampak kurus yang pasti)
  • Pelamin nak macam singgah sana Raja
Jadi apa yang aku jumpa ni aku nak share dengan semua orang. Sebagai panduan untuk diri sendiri dan bakal pengantin yang lain. happy searching semua. Sekarang dipersembahkan tips-tips yang aku google dari pelbagai sumber :

  1. Pilih pelamin mengikut budget yang ada. Jangan memilih pelamin yang terlampau dan diluar kemampuan kita. Memang la kenduri sekali seumur hidup. Tapi agak-agak la kalau wedding of the year berhutang sampai anak 5 apa gunanya. 
  2. Pilih pelamin yang sesuai dengan tema contohnya majlis ala taman, tradisional, klasik dan sebagainya. Jangan salah pilih tema.
  3. Jangan memilih pelamin yang terlalu sarat. 
  4. Pemilihan kerusi juga perlu dititik beratkan. Jangan sampai tak muat duduk pulak
  5. Pastikan platform pelamin kukuh.
  6. Jangan ikut apa yang orang lain buat dan jangan bandingkan majlis yang bakal kita adakan dengan majlis orang lain. Buat sekadar yang mampu.
Mudah ja kan tips tu tapi sangat bermanfaat.

Paling penting jangan ikut orang. Orang lain buat grand-grand kau pon nak grand jugak. Padahal budget besar cekodok ja. Ini lebih kepada pesanan untuk diri sendiri supaya jangan membazir.

Kalau ikutkan citarasa aku pon, memang aku suka sesuatu yang 'simple' tapi sedap mata memandang. Aku nak share sikit, apa yang aku suka. Memang se'simple' alam la.

PELAMIN


Ini antara beberapa design pelamin yang aku suka. sangat simple tapi sweet bangat. Ni kalau mintak akak aku design pon dah ok dah ni. Kena try tanya wedding planner dulu dia nak wat tak ikut design aku. Antara empat gambar tu yang paling aku suka gambar nombor dua. Dah print dah masuk dalam diari kahwin.





Kepada pemilik-pemilik gambar saya mintak maaf kalau ambil tanpa kebenaran. Tapi ni salah satu cara untuk promosi hasil kerja korang jugak. Jangan marah sebab saya sangat kagum dengan kreativiti anda. Terima kasih sebab jadi sumber inspirasi.

Regards :
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...