Saturday, May 12, 2012

Motivasi Kerja



Poyo jugak la, hujung minggu ni cari pasal motivasi kerja. wei nak kerja pon kena ada motivasi jugak. sampai bila nak pergi kerja dengan perasaan terpaksa sebab memang lumrah hidup kena keluar bekerja. Maka ianya menjadi beban dan tak menyeronokkan lansung. Sebab itu lah kita perlu sentiasa memotivasikan diri. 

Artikel ni aku ambil daripada Cahaya Islam.net
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab. ’DATANG BEKERJA’ tapi hampeh, hasilnya macam kita ‘TAK DATANG’ kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler , rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN’ , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG’AJAR’AN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KREATIF rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS .
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’ , adalah lebih baik kita tanya ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT’

Aku rasa aku tergolong dalam golongan no.2. Kadang kala aku rasa macam aku busy giler. tapi hakikatnya aku hanya kelam kabut. memang 100% betul. Memang aku ni jenis kelam kabut. orang yang boleh redakan aku punya kelam kabut ialah tunang aku ehee.

Bila kelam kabut aku jadi stress. mula la sakit belakang, serabut. semua kerja aku buat jadi serba tak kena. semua mesti nak ada typing error and etc. grrr aku ni sangat cuai ! Ingat! zaman sekarang orang hanya mencari kesalahan. kalau kesalahan sebesar kuman pon orang tetap akan cari. Jadi kena jadi orang yang lebih teliti lepas ni.

Bersemangatlah. Aku memang semangat nak mengajar anak murid. semangat sangat nak bagi semua faham, semua dapat A dalam ujian. Tapi yang melemahkan semangat guru-guru ialah bebanan tugas pengkeranian. Sekolah zaman sekarang lebih mengejar title saja. nak dapat sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi, cikgu-cikgu semakin tertekan dengan bebanan kerja. Sedih la bila KPM sendiri seolah-oleh tak faham dengan tugas cikgu. Bukan korang dulu cikgu jugak ka? Kenapa bila dah naik kementerian korang buat dasar yang bukan-bukan. 

Apa pon berpesan kepada diri sendiri. sebanyak mana pon kerja yang ada sila utamakan P&P  dalam kelas. Gaji kita datang daripada situ. 

Pergh membebel apa ni oii..

Regards,
Sekadar guru kecik



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...