Thursday, May 31, 2012

Door Gift Kahwin

Kalau bercakap tentang door gift ada macam-macam idea dalam majalah dan internet. Semua nampak sangat comel tarik pipi sket.

Niat di hati masih nak kekalkan unsur simple dan tidak membazir. Aku sama sekali tidak berminat dengan cawan-cawan kecik, labu sayung, frame gambar dan sekutu dengannya sebagai doorgift. Rasanya nak sediakan makanan ja. Contohnya:

KACANG


CUPCAKE 

BAHULU

Yang di atas tu top 3 pilihan aku. Tapi yang bawah ni pon termasuk jugak dalam wedding diary. Kena ikut keadaan la nak yang mana kan. Kita kasi survey dulu!

Tabung



Realitinya aku memang suka kumpul tabung. Kesukaan tu menjadi-jadi kebelakangan ni. Bila aku masuk kedai mula la menggedik OMG cantiknya tabung ni. Disebabkan harga tabung ada yang serendah RM5 jadi aku mamang tidak berkira beli buat koleksi. Sebab itulah tabung masuk dalam checklist door gift.

Pen

Memang bukan satu kekesalan kalau kita kasi tetamu pen kan. Bayangkan, tengah borak-borak jumpa kawan lama nak ambil alamat ka, no phone ka, lukis peta ka buka ja beg goodies ada pen hahaa imaginasi tahap agung :p

Note Book

Suka jugak dengan note book. Tak membazirkan. Sangat bermakna kankan ahaks

Entri seterusnya aku nak cerita tentang packaging pulak. Kalau ada masa terluang tak salah untuk berkreativiti. Dengan perancangan awal semua kita boleh buat. Tak pa yang penting bersemangat. Kalau tak sempat kena keluarkan duit lebih sikit la. Kalau buat sendiri jimat ja. 

Regards :
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...