Thursday, February 16, 2012

Beza Kau Aku


Dah dekat 7 tahun dah kenal. Bila aku tengah drive balik kerja tadi terfikir pulak, apa persamaan kita sampai boleh kekal ke angka 7 tahun? Banyak sangat ka persamaan? sehati berdansa kah kita ? kahkahkah

Penat aku kerut-kerut dahi ni, akhirnya tak jumpa persamaan yang jumpa perbezaan. Antaranya....

1.Kepala Angin Vs Relax la

Dia seorang yang tak suka marah-marah. Aku pulak memang pemarah cop kepala angin. contoh situasi, "dalam kereta, si bf tengah drive. Tiba-tiba ada kereta keluar dari parking tak nampak kereta kitorang. Aku dah maki hamun dah driver tu, sampai si bf cakap 'haha dia tak tau ada singa dalam kereta ni' ..suka hati panggei aku singa.

2.Lagu Country Vs lagu Korea/Jepun

Dia suka sangat la dengaq lagu jepun dengan korea. bingit telinga aku dengaq..Hua aku tak tau la aku dah try menjiwai lagu-lagu korea ngan jepun tu. tapi tarak ngam jugak.kadang-kadang aku buat-buat suka sebab dia dah over excited..ok fine kau aku berbeza

3.Merah Vs Biru

Aku suka merah dia suka biru. Ibarat Api dan Air..ok kau aku berbeza lagi

4. Peramah Vs Pendiam 

Aku ni peramah la jugak daripada si dia yang kalau campak dekat sekumpulan manusia dia akan bisu ja. Dia memang tak reti nak menyembang dengan orang yang dia tak kenal. Ok profession buat aku jadi agak peramah hahaa.. sorang diam,sorang bercakap. Hurm rasanya aku yang asyik bercakap pot pet pot pet blaaa blaa bluuu

5. Aku cakap itu A dia akan cakap Itu Z

Bertekak ja keja.... apa aku cakap tu yang dia bangkang. lagi aku marah lagi dia suka. Aku cakap itu, dia kata bukan. Asal keluar ja mesti nak bertekak. tapi bertekak manja-manja je la. bukan versi maki hamun ok. itu tak suka, tak suka.

6. Gemuk Vs Kurus

aik itu pon masuk list perbezaan ka. mesti mau masuk. Aku gemuk apahal dia kurus .ni yang tak puas hati ni.

7. Hobi Baca Buku motivasi VS main game 

dia suka main game. aku suka baca buku motivasi ( memang tak leh blah hobi aku). Bayangkan betapa bezanya. Apa benda yang kita sama-sama suka buat erk. ok dah dapat MAKAN SAMA-SAMA.



Apa pun, tanpa perbezaan tu tak mungkin timbul keserasian. perlu satu sama lain untuk melengkapi. Bila aku marah, dia redakan. Bila dia diam, aku tolong hiburkan. Persamaan yang ada cuma dia makan nasik aku pon makan nasik jugak. YES ada gak yang sama..Terima kasih NASIK


Regards :
Tak apa jadi berbeza

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...