Wednesday, February 29, 2012

Cuci The Musical Last Kopek

Permulaan tahun yang sangat sibuk dengan kerja. Tapi bekerja tanpa tekanan buat aku rasa happy nak pergi kerja. Selamat tinggal zaman onak duri. sangat best nak pi kerja sekarang ni.ngeee senyum sampai telinga. 

Tapi wei yang best untuk tahun ni, ni dia teater mai dah. lepas Secret life of Nora ni satu lagi yang aku nak tengok. Cuci the musical. Aku tak follow untuk yang 1st and 2nd tapi i'm too excited untuk tengok yang ni. So harap-harap Upa beli tiket cepat sebab gf anda memang jenis naaaaaak jugak kalau dia nak. Upa kata nanti anak kita ikut perangai mak dia, nangis-nangis kalau tak dapat benda yang dia nak. Gluppp insaf ( untuk dua saat).

Teater Cuci the musical ni akan dipentaskan pada 2 mac - 18 mac 2012. aku plan nak tengok dalam 10 hb. jom wei pi tengok teater. 

Pelakon cuci the musical

Dear bf cari seat yang best macam hari tu plz

Haha terover excited tunggu cuti ni.. yipiiii cuti dan cuci yeyeyeeeah

Regards :
Nisa Fadzil

Thursday, February 16, 2012

Beza Kau Aku


Dah dekat 7 tahun dah kenal. Bila aku tengah drive balik kerja tadi terfikir pulak, apa persamaan kita sampai boleh kekal ke angka 7 tahun? Banyak sangat ka persamaan? sehati berdansa kah kita ? kahkahkah

Penat aku kerut-kerut dahi ni, akhirnya tak jumpa persamaan yang jumpa perbezaan. Antaranya....

1.Kepala Angin Vs Relax la

Dia seorang yang tak suka marah-marah. Aku pulak memang pemarah cop kepala angin. contoh situasi, "dalam kereta, si bf tengah drive. Tiba-tiba ada kereta keluar dari parking tak nampak kereta kitorang. Aku dah maki hamun dah driver tu, sampai si bf cakap 'haha dia tak tau ada singa dalam kereta ni' ..suka hati panggei aku singa.

2.Lagu Country Vs lagu Korea/Jepun

Dia suka sangat la dengaq lagu jepun dengan korea. bingit telinga aku dengaq..Hua aku tak tau la aku dah try menjiwai lagu-lagu korea ngan jepun tu. tapi tarak ngam jugak.kadang-kadang aku buat-buat suka sebab dia dah over excited..ok fine kau aku berbeza

3.Merah Vs Biru

Aku suka merah dia suka biru. Ibarat Api dan Air..ok kau aku berbeza lagi

4. Peramah Vs Pendiam 

Aku ni peramah la jugak daripada si dia yang kalau campak dekat sekumpulan manusia dia akan bisu ja. Dia memang tak reti nak menyembang dengan orang yang dia tak kenal. Ok profession buat aku jadi agak peramah hahaa.. sorang diam,sorang bercakap. Hurm rasanya aku yang asyik bercakap pot pet pot pet blaaa blaa bluuu

5. Aku cakap itu A dia akan cakap Itu Z

Bertekak ja keja.... apa aku cakap tu yang dia bangkang. lagi aku marah lagi dia suka. Aku cakap itu, dia kata bukan. Asal keluar ja mesti nak bertekak. tapi bertekak manja-manja je la. bukan versi maki hamun ok. itu tak suka, tak suka.

6. Gemuk Vs Kurus

aik itu pon masuk list perbezaan ka. mesti mau masuk. Aku gemuk apahal dia kurus .ni yang tak puas hati ni.

7. Hobi Baca Buku motivasi VS main game 

dia suka main game. aku suka baca buku motivasi ( memang tak leh blah hobi aku). Bayangkan betapa bezanya. Apa benda yang kita sama-sama suka buat erk. ok dah dapat MAKAN SAMA-SAMA.



Apa pun, tanpa perbezaan tu tak mungkin timbul keserasian. perlu satu sama lain untuk melengkapi. Bila aku marah, dia redakan. Bila dia diam, aku tolong hiburkan. Persamaan yang ada cuma dia makan nasik aku pon makan nasik jugak. YES ada gak yang sama..Terima kasih NASIK


Regards :
Tak apa jadi berbeza

Saturday, February 11, 2012

Ketagihan Yang Berambus

Dah 2 bulan minum air mineral. Dah tak ketagihan coke, jus oren, sirap,milo,nescafe...gile ALIEN aku minum air mineral ja


Amalan untuk tahun 2012 
- Jangan makan berulamkan air
- minum selepas 30 minit kau makan ( paling elok tunggu sejam, tapi tak sanggup aku! )
- teh O tanpa gula (perut kempis la kau)

2012 ni aku banyak mngemol-ngemol pasal nak diet ja. diet TANPA PRODUK ok. Pil-pil kurus sila blah dari sini. 

Hari ni Sabtu la wei. mau dating

Regards :
Pendiet tegar 2012 tapi tak kurus-kurus pong haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...