Saturday, January 21, 2012

Kempen Benci-benci Manja Karbohidrat

Hari ni aku nak story mory pasai Atkin's Diet. Aku bukan la pakar Atkin's tapi aku dah jadi pengamal sejak dua bulan ni. Tapi ada on off la. kejab diet, pas tu lamaaaaaaaa tak diet. Apa pon, aku mula google Atkin's diet dari tahun lepas. Nak tau website yang banyak bagi aku info tentang Atkins. Ok i'll share with you guys.


Kalau nak banyak maklumat dari blog ni, sila baca daripada mula tanpa skip satu entry pon. Maka korang akan faham apa pantang larang dalam Atkins. Kalau nak info lagi sila rajin-rajin tengok dekat bahagian komen. owner blog tu banyak gak jawab soalan kat situ. Lagi satu soalan-soalan tu mesti apa yang korang terlintas nak tanya. 



Kelab diet ni jadi sumber inspirasi untuk aku. aku suka baca diari diet diorang. Banyak diari diet untuk Atkins. Banyak resepi yang korang boleh try kat situ. maklum lah bosan kot asyik makan menu yang sama, nak jugak variety kan? Kalau nak maklumat Atkin's yang best cari diari diet SHIMA kalau tak silap. dia kira otai Atkins diet la. just follow apa dia makan.


Ada yang kata Atkins diet ni bahaya sebab kita kurangkan pengambilan karbohidrat. tapi bagi aku, kita buat untuk kurangkan dulu berat badan, maybe untuk 14 hari sahaja. Bila dah dapat berat yang korang nak. sila maintain dan mula mengambil carb sikit-sikit. Anggap je la kau posa makan nasik,roti and etc selama 14 hari. Atkins diet lebih baik daripada dok membazir beli produk pelansingan. 


Wei doakan aku tak hangat-hangat taik ayam oiii.. semua makanan nampak sedap bila diet.cobaan.......


Regards:
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...