Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal : 2011


Memang cepat sangat masa berlalu. Terima la hakikat yang umur kau tahun depan adalah angka 25. Tapi wa muda lagi kot hikhik. 2011 akan melabuhkan tirainya beberapa jam lagi. Tengah mandi tadi, tetiba teringat nak buat entry terakhir bertarikhkan 31 Disember 2011.

Banyak jugak benda yang pahit, manis jadi tahun ni. Antara perubahan yang paling bagi aku kejutan elektrik tapi tidak koma adalah :

Bermulanya Kerjaya di usia 24 tahun

Wei serious aku terkena kejutan budaya. budaya terima elaun dengan terima gaji. sangat berbeda. bila dapat elaun free kerajaan rasa macam syurga gila. bersyukur sebab diri bebas hutang. tapi bila kau kerja, nak dapat duit kau terpaksa kerah keringat kau. bila hujung bulan dapat gaji kau akan rasa perit sangat nak bayar semua tanggungan hutang. dan masa tu kau akan kerut dahi dan sedar bahawa kau bekerja hanya untuk menjadi hamba bank. Nak shopping pon pikir sejuta kali sebab tahu macam mana peritnya nak dapat duit. 

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang tahun 2011. aku dewasa dengan pengalaman-pengalaman tu. walaupun banyak yang pahit dari manis. aku tetap bersyukur sebab bukan semua orang bertuah rasa pengalaman yang aku dapat ni. Prinsip hidup 2011 : Biar susah sekarang supaya tidak berlemak di kemudian hari.

Moga Tahun 2012 Allah permudahkan segala urusan. bukakan lebih banyak pintu rezeki untuk aku. Amin. Aku bersyukur jugak sebab aku posting dekat Ipoh, ada shopping complex boleh aku shopping, tengok wayang, main bowling. Semua rutin aku dulu aku masih boleh buat. 

  • Terima kasih Ipoh sebab ada Baskin robin kalau aku tension, 
  • Terima kasih MNG sebab jadi tempat aku shopping bila baju-baju aku dah macam mokcikmokcik
  • Terima kasih tempat-tempat makan sedap di Ipoh dan buat aku kegemukan kat sini ( huaa nangis). 
  • Paling aku bersyukur sebab ada kawan-kawan dekat Ipoh yang boleh aku luahkan perasaan. sayang hampa semua muah muah. 
  • Terima kasih upa, sanggup rider dari KL mai melawat kalau aku boring hehe. 
  • Terima kasih ipoh, sebab dekat dengan Cameron,dekat dengan KL, dekat dengan aloq staq. 
  • Terima kasih jugak sebab ada jual laksa sedap dekat Taman Polo.


26 Disember 2011

Tarikh ni sangat special. tak payah la hurai lebih-lebih tapi special la.

Rumusan 2011:

  1. Bye-bye zaman belajar
  2. Hye-hye Dunia Kerjaya
  3. Bye-bye keseronokan
  4. Hye-hye komitmen
  5. Bye-bye zaman hingusan
  6. Hye-hye zaman Matured 

Regards :
Nisa fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...