Saturday, December 10, 2011

Produk Penjagaan Kulit


Tu dia rajin la sangat aku edit gambar kali ni. Aku rasa wanita dan juga produk penjagaan diri memang dah terlalu sinonim la. ibarat nasi dan lauk, tidak boleh dipisahkan. kalau makan nasi tanpa lauk mesti tak sedap kan? macam tu la yang diibaratkan wanita dan juga produk penjagaan diri.

Tadi al-kisah pergi makan kenduri je pon. tapi paling tak boleh blah seumur hidup aku, aku pergi kenduri makan lauk ja. aku amik nasi sikit sebab malu nanti orang tanya ' tak amik nasi ke?diet ke? aghh. jadi penyelesaian adalah amik nasi sikit pas tu bagi kat mak aku semua nasi-nasi yang sedap itu. huaa sedih sedih.

Lepas kenduri aku jenjalan dekat aloq staq mall dengan mak. niat sebenarnya nak betapa dalam watson. Aku ni memang suka pi kelebek-kelebek benda-benda dalam Watson tu. Asalnya aku nak beli Lotion baru. tapi terkenangkan lotion yang ada pon tak terpakai aku sekadar tengok aje la. pas tu aku jalan lagi aku terjumpa Aloe vera Gel. Uish ni tak pernah try lagi ni. kebetulan pagi tadi aku mengadap forum dia cakap for the best result bila scrub badan sapu aloe vera gel dulu. Aku pon angkat la satu.murah aje baru RM 5 untuk botol kecil. beli besar untung RM 10. 



Jalan lagi dalam watson ternampak Blackmores multivitamins. Aku pon mula konfusi nak beli ke tidak sebab aku dah ter 'over spend' bulan ni. Tapi nafsu wanita ada 7, atas faktor itu aku pon TER ambil. Kenapa aku beli multivitamins ? sebab aku sekarang tengah buat atkins diet. untuk menampung unbalanced diet yang aku tengah buat ni aku perlukan multivitamins. memang disyorkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Dr. Atkin.



Selesai menabur duit di Watson. Jalan lagi singgah body shop. Aku pon terbaca forum jugak pagi tadi. dia ada cakap untuk menambah keberkesanan scrub badan tu, boleh la cuba bath glove body shop ni. Arghhh nafsu wanita ada 7, aku pon TER beli lagi. 



Puk puk diri sendiri, cakap 'tak pa nisa, semua tu pelaburan masa hadapan'. keke.

Regards :
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...