Wednesday, December 7, 2011

6 Cara untuk minum banyak air

Wah bangun pagi terus mandi, breakfast koewtiaw sup dan teh o limau panas tanpa gula. Maka 7/12/2011 bermulalah sekali lagi diet hari pertama. dah berapa kali dah aku try diet untuk tahun ni. tapi semua hampeh. pergi sekolah penat wo jalan pi sana sini, mengajaq budak darjah 1 memang kena pakai tenaga yang banyak. mana datangnya tenaga tu, daripada makanan yang aku makan selama ni yang akhirnya mengumpul lemak tegar. Arghhh aku tak nak la nampak macam mak orang. muda lagi kot! 

Waktu cuti sekolah ni aku tengah kumpul aura nak berdiet. tapi masih tak dapat, banyak sangat kenduri weh. pi dating lagi mesti la nak makan sedap-sedap. takkan aku nak tengok ja bf aku makan ( alasan, bagi lagi banyak alasan).

Hari ni aku buka forum kelabdiet.com. memang banyak info pasal diet korang boleh dapat dekat situ. banyak motivasi yang ada. harapannya bergantung kepada kita yang suka sangat hangat-hangat taik ayam ( huaa aku la tu ) .

Apa yang menarik hari ni, aku nak share cara untuk minum banyak air. penurunan berat badan kita bergantung kepada jumlah air yang kita minum. kalau nak turunkan berat badan kena minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. doktor pon nasihatkan aku minum banyak air sebab masa medical check up hari tu. Jom-jom kita zoom macam mana nak minum banyak air ni :

1.  Minum air kosong sebelum tidur



memang la tengah tidur tu asyik rasa nak terkucir ja. tapi ini cara yang terbaik jugak untuk pastikan badan kita cukup air dan air kencing kita bersih. paling elok letak botl air dalam bilik. bila rasa haus terus minum. ini selalu ja mengelat nak minum air sebab malas nak pergi dapur. tak pon korang terjaga pukul 3 pagi, pas tu mula terimagine hantu berlegar-legar kat dapur. hehe.

2.  Bawa botol air ke mana sahaja



Wahai kaum wanita, itulah tujuannya handbag yang ada tu. besaq saja tak guna kalau tak ada benda yang berfaedah kat dalam tu ( aku le tu keke). Mulai sekarang bawak air mineral ke mana saja korang pergi. tengah shopping kalau haus boleh terus minum. Boleh jimat duit jugak tu. kalau makan kat luar tak payah beli air. dah bawak air sendiri. waa kedekutnye KAU.

3.  Letak botol air di dalam kereta



macam aku pagi-pagi kalau dah lambat sangat nak pergi kerja aku akan minum kopi/nescafe dalam kereta. jadi nampaknya aku kena tukar tabiat ni dengan minum air kosong. bila dekat traffic light tak tau nak buat apa, boleh la minum air. minum air tak kena saman. kalau pakai hp nak hilangkan boring kena saman dowhh..save your money oii..

4.  Order air mineral ketika membeli fast food



Di samping korang dapat air coke,pepsi tambah la order korang tu dengan air mineral. tak pon bawak sendiri macam aku dah cakap tadi. bila dah minum air coke minum la air mineral. tak de la berpenyakit sangat. 

5.  simpan air mineral di dalam peti sejuk melebihi air soda/kordial dan sebagainya.

cuba pergi tengok dalam peti ais masing-masing. first skali mesti la bersepah haha. tapi cuba tengok air mineral/air kosong ke banyak atau air manis yang banyak. jadi cuba fikir. tak payah la beli air manis-manis tu. buang duit ja. kalau teringin meroyan sangat baru lah beli. jadi tubuh badan kita masih selamat dari diabetis hoyeahh..

6.  Minum air kosong ketika makan pagi, tengah hari dan makan malam

kalau minum air sirap sekali ppon, pastikan kita teguk air kosong jugak lepas tu. ha bertambah-tambah la air dalam badan. bila minum banyak air baru la aku rasa macam badan aku ni sihat sikit. bolehh rasa perbezaan tu. Tak percaya cuba sendiri.

Regards :
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...