Monday, December 5, 2011

10 Langkah Untuk Menjimatkan Elektrik

Hari ni penulisan ilmiah sikit. asyik baca surat khabar kat luar, tetiba ternampak la satu artikel ni. Bukan apa sekarang ni, bil elektrik mak aii bukan main mahal lagi. aku duduk rumah sewa 3 orang pon bil elektrik mencecah RM 30 ++ . Kadang-kadang rasa macam tak masuk akal je. bukan selalu ada dekat rumah pon. tak pa la, daripada artikel ni boleh la aku buat penjimatan hebat mulai tahun depan. Nanti bila dah kahwin, ada rumah sendiri boleh la jugak jimat-jimat sikit. Jom kita tengok 10 langkah menjimatkan elektrik daripada FOMCA :

1. Lakukan pengauditan tenaga elektrik di rumah. ini boleh dilakukan dengan memeriksa penggunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik.

2.Matikan suis dan tanggalkan plag apabila peralatan elektrik tidak digunakan.


 
3.Matikan suis lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada siapa di dalam bilik.



4. bertukar kepada lampu jenis fluoresen untuk pencahayaan dalaman.

5. peti sejuk - elakkan daripada membuka peti sejuk dengan kerap kerana 30% udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.

6.pendingin hawa - tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23 - 26 darjah C

7.beli pendingin hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana dia membantu mengelakkan pembaziran tenaga.

8.mesin basuh - jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.



9.komputer - elakkan penggunaan 'screen saver' dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.

10. seterika - setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.
Sumber : FOMCA

Antara 10 langkah yang diberi, yang boleh aku buat perubahan secara drastik adalah no. 2. Selama ni aku agak sambil lewa sikit. memang la aku tutup suis tu, tapi aku tak cabut plag. maknanya jom berubah ke arah itu yeah.

perubahan yang ke-2 adalah :bertukar kepada lampu fluoresen. macam ni rupanya lampu fluoresen


Baiklah itu saja, artikel penjimatan hebat daripada cikgu. Jom selamatkan duit masing-masing daripada menjadi mangsa korban kelalaian sendiri.

Regards :
Nisa fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...