Saturday, December 31, 2011

Selamat Tinggal : 2011


Memang cepat sangat masa berlalu. Terima la hakikat yang umur kau tahun depan adalah angka 25. Tapi wa muda lagi kot hikhik. 2011 akan melabuhkan tirainya beberapa jam lagi. Tengah mandi tadi, tetiba teringat nak buat entry terakhir bertarikhkan 31 Disember 2011.

Banyak jugak benda yang pahit, manis jadi tahun ni. Antara perubahan yang paling bagi aku kejutan elektrik tapi tidak koma adalah :

Bermulanya Kerjaya di usia 24 tahun

Wei serious aku terkena kejutan budaya. budaya terima elaun dengan terima gaji. sangat berbeda. bila dapat elaun free kerajaan rasa macam syurga gila. bersyukur sebab diri bebas hutang. tapi bila kau kerja, nak dapat duit kau terpaksa kerah keringat kau. bila hujung bulan dapat gaji kau akan rasa perit sangat nak bayar semua tanggungan hutang. dan masa tu kau akan kerut dahi dan sedar bahawa kau bekerja hanya untuk menjadi hamba bank. Nak shopping pon pikir sejuta kali sebab tahu macam mana peritnya nak dapat duit. 

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang tahun 2011. aku dewasa dengan pengalaman-pengalaman tu. walaupun banyak yang pahit dari manis. aku tetap bersyukur sebab bukan semua orang bertuah rasa pengalaman yang aku dapat ni. Prinsip hidup 2011 : Biar susah sekarang supaya tidak berlemak di kemudian hari.

Moga Tahun 2012 Allah permudahkan segala urusan. bukakan lebih banyak pintu rezeki untuk aku. Amin. Aku bersyukur jugak sebab aku posting dekat Ipoh, ada shopping complex boleh aku shopping, tengok wayang, main bowling. Semua rutin aku dulu aku masih boleh buat. 

  • Terima kasih Ipoh sebab ada Baskin robin kalau aku tension, 
  • Terima kasih MNG sebab jadi tempat aku shopping bila baju-baju aku dah macam mokcikmokcik
  • Terima kasih tempat-tempat makan sedap di Ipoh dan buat aku kegemukan kat sini ( huaa nangis). 
  • Paling aku bersyukur sebab ada kawan-kawan dekat Ipoh yang boleh aku luahkan perasaan. sayang hampa semua muah muah. 
  • Terima kasih upa, sanggup rider dari KL mai melawat kalau aku boring hehe. 
  • Terima kasih ipoh, sebab dekat dengan Cameron,dekat dengan KL, dekat dengan aloq staq. 
  • Terima kasih jugak sebab ada jual laksa sedap dekat Taman Polo.


26 Disember 2011

Tarikh ni sangat special. tak payah la hurai lebih-lebih tapi special la.

Rumusan 2011:

  1. Bye-bye zaman belajar
  2. Hye-hye Dunia Kerjaya
  3. Bye-bye keseronokan
  4. Hye-hye komitmen
  5. Bye-bye zaman hingusan
  6. Hye-hye zaman Matured 

Regards :
Nisa fadzil

Saturday, December 10, 2011

Produk Penjagaan Kulit


Tu dia rajin la sangat aku edit gambar kali ni. Aku rasa wanita dan juga produk penjagaan diri memang dah terlalu sinonim la. ibarat nasi dan lauk, tidak boleh dipisahkan. kalau makan nasi tanpa lauk mesti tak sedap kan? macam tu la yang diibaratkan wanita dan juga produk penjagaan diri.

Tadi al-kisah pergi makan kenduri je pon. tapi paling tak boleh blah seumur hidup aku, aku pergi kenduri makan lauk ja. aku amik nasi sikit sebab malu nanti orang tanya ' tak amik nasi ke?diet ke? aghh. jadi penyelesaian adalah amik nasi sikit pas tu bagi kat mak aku semua nasi-nasi yang sedap itu. huaa sedih sedih.

Lepas kenduri aku jenjalan dekat aloq staq mall dengan mak. niat sebenarnya nak betapa dalam watson. Aku ni memang suka pi kelebek-kelebek benda-benda dalam Watson tu. Asalnya aku nak beli Lotion baru. tapi terkenangkan lotion yang ada pon tak terpakai aku sekadar tengok aje la. pas tu aku jalan lagi aku terjumpa Aloe vera Gel. Uish ni tak pernah try lagi ni. kebetulan pagi tadi aku mengadap forum dia cakap for the best result bila scrub badan sapu aloe vera gel dulu. Aku pon angkat la satu.murah aje baru RM 5 untuk botol kecil. beli besar untung RM 10. 



Jalan lagi dalam watson ternampak Blackmores multivitamins. Aku pon mula konfusi nak beli ke tidak sebab aku dah ter 'over spend' bulan ni. Tapi nafsu wanita ada 7, atas faktor itu aku pon TER ambil. Kenapa aku beli multivitamins ? sebab aku sekarang tengah buat atkins diet. untuk menampung unbalanced diet yang aku tengah buat ni aku perlukan multivitamins. memang disyorkan oleh pengasasnya sendiri iaitu Dr. Atkin.



Selesai menabur duit di Watson. Jalan lagi singgah body shop. Aku pon terbaca forum jugak pagi tadi. dia ada cakap untuk menambah keberkesanan scrub badan tu, boleh la cuba bath glove body shop ni. Arghhh nafsu wanita ada 7, aku pon TER beli lagi. 



Puk puk diri sendiri, cakap 'tak pa nisa, semua tu pelaburan masa hadapan'. keke.

Regards :
Nisa Fadzil

Wednesday, December 7, 2011

6 Cara untuk minum banyak air

Wah bangun pagi terus mandi, breakfast koewtiaw sup dan teh o limau panas tanpa gula. Maka 7/12/2011 bermulalah sekali lagi diet hari pertama. dah berapa kali dah aku try diet untuk tahun ni. tapi semua hampeh. pergi sekolah penat wo jalan pi sana sini, mengajaq budak darjah 1 memang kena pakai tenaga yang banyak. mana datangnya tenaga tu, daripada makanan yang aku makan selama ni yang akhirnya mengumpul lemak tegar. Arghhh aku tak nak la nampak macam mak orang. muda lagi kot! 

Waktu cuti sekolah ni aku tengah kumpul aura nak berdiet. tapi masih tak dapat, banyak sangat kenduri weh. pi dating lagi mesti la nak makan sedap-sedap. takkan aku nak tengok ja bf aku makan ( alasan, bagi lagi banyak alasan).

Hari ni aku buka forum kelabdiet.com. memang banyak info pasal diet korang boleh dapat dekat situ. banyak motivasi yang ada. harapannya bergantung kepada kita yang suka sangat hangat-hangat taik ayam ( huaa aku la tu ) .

Apa yang menarik hari ni, aku nak share cara untuk minum banyak air. penurunan berat badan kita bergantung kepada jumlah air yang kita minum. kalau nak turunkan berat badan kena minum sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. doktor pon nasihatkan aku minum banyak air sebab masa medical check up hari tu. Jom-jom kita zoom macam mana nak minum banyak air ni :

1.  Minum air kosong sebelum tidur



memang la tengah tidur tu asyik rasa nak terkucir ja. tapi ini cara yang terbaik jugak untuk pastikan badan kita cukup air dan air kencing kita bersih. paling elok letak botl air dalam bilik. bila rasa haus terus minum. ini selalu ja mengelat nak minum air sebab malas nak pergi dapur. tak pon korang terjaga pukul 3 pagi, pas tu mula terimagine hantu berlegar-legar kat dapur. hehe.

2.  Bawa botol air ke mana sahaja



Wahai kaum wanita, itulah tujuannya handbag yang ada tu. besaq saja tak guna kalau tak ada benda yang berfaedah kat dalam tu ( aku le tu keke). Mulai sekarang bawak air mineral ke mana saja korang pergi. tengah shopping kalau haus boleh terus minum. Boleh jimat duit jugak tu. kalau makan kat luar tak payah beli air. dah bawak air sendiri. waa kedekutnye KAU.

3.  Letak botol air di dalam kereta



macam aku pagi-pagi kalau dah lambat sangat nak pergi kerja aku akan minum kopi/nescafe dalam kereta. jadi nampaknya aku kena tukar tabiat ni dengan minum air kosong. bila dekat traffic light tak tau nak buat apa, boleh la minum air. minum air tak kena saman. kalau pakai hp nak hilangkan boring kena saman dowhh..save your money oii..

4.  Order air mineral ketika membeli fast food



Di samping korang dapat air coke,pepsi tambah la order korang tu dengan air mineral. tak pon bawak sendiri macam aku dah cakap tadi. bila dah minum air coke minum la air mineral. tak de la berpenyakit sangat. 

5.  simpan air mineral di dalam peti sejuk melebihi air soda/kordial dan sebagainya.

cuba pergi tengok dalam peti ais masing-masing. first skali mesti la bersepah haha. tapi cuba tengok air mineral/air kosong ke banyak atau air manis yang banyak. jadi cuba fikir. tak payah la beli air manis-manis tu. buang duit ja. kalau teringin meroyan sangat baru lah beli. jadi tubuh badan kita masih selamat dari diabetis hoyeahh..

6.  Minum air kosong ketika makan pagi, tengah hari dan makan malam

kalau minum air sirap sekali ppon, pastikan kita teguk air kosong jugak lepas tu. ha bertambah-tambah la air dalam badan. bila minum banyak air baru la aku rasa macam badan aku ni sihat sikit. bolehh rasa perbezaan tu. Tak percaya cuba sendiri.

Regards :
Nisa Fadzil

Monday, December 5, 2011

10 Langkah Untuk Menjimatkan Elektrik

Hari ni penulisan ilmiah sikit. asyik baca surat khabar kat luar, tetiba ternampak la satu artikel ni. Bukan apa sekarang ni, bil elektrik mak aii bukan main mahal lagi. aku duduk rumah sewa 3 orang pon bil elektrik mencecah RM 30 ++ . Kadang-kadang rasa macam tak masuk akal je. bukan selalu ada dekat rumah pon. tak pa la, daripada artikel ni boleh la aku buat penjimatan hebat mulai tahun depan. Nanti bila dah kahwin, ada rumah sendiri boleh la jugak jimat-jimat sikit. Jom kita tengok 10 langkah menjimatkan elektrik daripada FOMCA :

1. Lakukan pengauditan tenaga elektrik di rumah. ini boleh dilakukan dengan memeriksa penggunaan peralatan elektrik yang menggunakan banyak tenaga elektrik. Bil elektrik hendaklah konsisten dengan penggunaan peralatan elektrik.

2.Matikan suis dan tanggalkan plag apabila peralatan elektrik tidak digunakan.


 
3.Matikan suis lampu, kipas dan hawa dingin apabila tiada siapa di dalam bilik.



4. bertukar kepada lampu jenis fluoresen untuk pencahayaan dalaman.

5. peti sejuk - elakkan daripada membuka peti sejuk dengan kerap kerana 30% udara sejuk akan keluar setiap kali pintu dibuka.

6.pendingin hawa - tetapkan suhu pendingin hawa kepada 23 - 26 darjah C

7.beli pendingin hawa yang sesuai dengan saiz bilik kerana dia membantu mengelakkan pembaziran tenaga.

8.mesin basuh - jika anda kerap menggunakan mesin basuh, dicadangkan membeli mesin basuh jenis muatan hadapan.



9.komputer - elakkan penggunaan 'screen saver' dan matikan suis monitor jika tidak digunakan.

10. seterika - setiap kali menggosok pakaian, hendaklah dalam jumlah yang banyak.
Sumber : FOMCA

Antara 10 langkah yang diberi, yang boleh aku buat perubahan secara drastik adalah no. 2. Selama ni aku agak sambil lewa sikit. memang la aku tutup suis tu, tapi aku tak cabut plag. maknanya jom berubah ke arah itu yeah.

perubahan yang ke-2 adalah :bertukar kepada lampu fluoresen. macam ni rupanya lampu fluoresen


Baiklah itu saja, artikel penjimatan hebat daripada cikgu. Jom selamatkan duit masing-masing daripada menjadi mangsa korban kelalaian sendiri.

Regards :
Nisa fadzil

Friday, December 2, 2011

Monolog saja, tiada isi penting

Tak tau la apa kena sejak cuti ni bukan men malaih lagi aku nak update blog. sepatutnya makin rajin, time keja mana la nak sempat update selalu :

Kisah cuti sekolah cikgu , tak menarik pon.orang len holiday oberseee.aku dok Malaysia ja. Kawan-kawan semua pakat bertunang & kawin. Tahniah korang, semoga berbahagia selalu yer!

Lepas tu, panjang la kaki aku pi KL. Amik kau aku men bedal ja nak shopping apa pon. memang kopak la aku bulan ni. Mengenangkan gaji masok awal bulan ni aku redah aje.bukan selalu.

Nge'date' dengan upa sangat best. dia la satu-satunya yang paham kerenah aku yang 'menjadi-jadi ' ni. tu perkataan upa cipta untuk aku bila aku terlebih mengada-ngada kahkah.

Date hari pertama :
Lokasi : The Curve

1. Potong rambut bf

Tiap-tiap kali nge 'date' aku mesti bising pasal rambut dia. rambut panjang la, tak pakai minyak rambut la. membebel pasal rambut ja keja aku. dan setiap kali itu jugaklah aku akan heret dia masuk kedai gunting rambut. bukan kedai mamak gunting rambut, semua kedai yang aku heret stok cekik duit aku. dah aku yang heret aku la yang bayaq. Kali ni lokasi 'kekah' rambut upa dekat the curve. dekat sikit tak yah pergi jejauh. nak bayaq pejam mata. RM48 for professional hair cut meh. tak pa janji mata aku sejuk aja! dah macam orang pompuan dah sebelum dating kena set rambut.

2.Karoke Red Box - lepas tu aku ajak upa karoke lagi keesokkan harinya. lepas tu bf aku keluarkan statement ni " tak payah la nak karoke lagi, upa ni bukan Jamal Abdillah, 'ani ' bukan 'ketty perry' .kahkah terkekek-kekek aku dengaq statement tu. sengai punya bf



3. Melantak Baskin Robin

makan yang ni la..best-best

Lepas tu jalan-jalan dekat bazar the curve tu.memang best la banyaknya gelang, rantai arghh wa sangat suka. 

Date Hari kedua :
Lokasi : Mid Valley

hari ke dua nge 'date' dengan upa & pekjah. waa gembiranya aku jumpa pekjah. 

1. Movie time 

- kali ni tengokk immortals. wa sangat best. tapi jenuh jugak aku mengucap sebab pasal dewa-dewa ni. tapi memang best la 

2. Bowling
main satu game pon jadi la. janji boleh lepas gian. sorry pekjah anda kalah hehe

3. Game token
Heehehee macam sengal pergi race kereta, main basketball,main game tembak-tembak.memang syiok habis la. 

4. Makan tako tao

First time aku try tako tao ni. Pekjah selalu makan aku pon teringin jugak. aku pon heret upa pergi beli. lapas tu makan dekat dekat the garden. memang feel habis la. makan sampai belemuih baju aku tertumpah kuah tako tao. 

Lepas makan sambung shopping. Aku nak beli jeans baru. Nak beli jeans CK macam si bf wa tak mampu la. Beli jeans ok ok je la. tak mahal tak murah tak over. i looike ( versi gediks ).

5. Dinner dekat Up-town lama

time ni dah blur tak tau nak makan kat mana. upa soh balik aku nak jenjalan lagi. tak mau balik ! lalu upa bawak makan koew tiaw dengan ikan pari bakar. sedap weii..seriously tersangat best. nanti aku nak makan kat situ lagi. ada kedai western Lanun. Mesti try yeahh..

Date hari ketiga

hari ketiga paling special. nge ' date' dengan upa,mak,kakak,khalish. pergi shopping dekat ikea. pergh sakit tangan aku dukung si khalish ni. tapi tak pa uncle spek dia take over. ngeee..

sebenaqnya aku plan nak pergi tempat len. tapi lain jadinya. boleh aja mana-mana. 

p/s : kepada owner gambar mintak maaf saya google gambar-gambar tu. 

Regards :
Nisa Fadzil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...