Saturday, October 29, 2011

Tips mengelak perut buncit

Salam,

Yehaa tersangat la seronok sebab cuti seminggu semperna Deepavali. Tapi terpaksa teman mak aku pergi shopping dekat Kelantan. Dulu aku ada persepsi yang kurang enak la untuk negeri Kelantan ni. Tapi, betul la bak kata orang-orang tua kita, tak kenal maka tak cinta. Kelantan ni memang mewah dengan kuih muih yang macam-macam bentuk dan nama. Kreatif sungguh la, sedap pulak tu. tapi kebanyakkannya memang manis la stock potong kaki semua haha.

Blog aku ni, memang la semua yang aku tulis mukhadimah mesti tak dak kena mengena dengan tajuk, bedal ja ngee..

Masa berhenti di RnR ada la kawan mak aku ni kasi petua . Ayat kitorang berborak ada la berbunyi macam ni :

Cikgu X : mai mai pakat rasa ni. koew tiaw goreng mai makan sama-sama
aku : eh tak payah la. cikgu makan la, saya dah makan nasi goreng dah tadi. cikgu tak order ayaq ka?
cikgu X : tak pa..tak pa..saya memang dah besa dah bila makan tak minum ayaq. lepas 30 minit baru minum. 
aku : wah bagusnya, saya ni semua bedai ja, takot makan satgi lekat pulak.
cikgu X : kalau u yang muda ni nak elak perut buncit, u jangan minum air waktu makan. tu la kalau nak jaga tummy kan. sebab perut kita penat kerja kalau kita dok selang seli dengan ayaq.

Opss tangan meraba perut. alamak patot la buncit! ok tak mau minum air terus lepas makan dah, tunggu 30minit heheh.


Kesimpulannya untuk mengelak perut buncit :

  • Jangan terus minum air selepas makan. Tunggu sehingga 30 minit
Regards :
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...