Friday, October 7, 2011

The Secret Life of Nora

Kecintaan teater datang lagi. Secara tulus iklasnya aku nak cakap yang ni baru nak masuk kali ke-2 aku nak tengok teater. jadi aku bukanlah peminat tegar dunia teater sebab aku hanya tengok teater tertentu sahaja. Dulu masa dekat maktab, teater pertama yang aku tengok adalah Puteri Gunung Ledang ( PGL ). memang best giloo nak cakap kat korang ni. 




MUZIKAL PUTERI GUNUNG LEDANG



Dari filem, kini bakal dipersembahkan sekali lagi di pentas bertaraf dunia!

SINOPSIS
Puteri Gunung Ledang merupakan drama yang diadaptasi dari filem Puteri Gunung Ledang. Muzikal ini mempertemukan cinta antara Hang Tuah, Laksamana Melaka dengan Puteri Gunung Ledang. "Muzikal Puteri Gunung Ledang" merupakan kisah cinta tragik yang berlaku di zaman lampau dan berulang lagi hari ini.

Ha tu review aku amik dekat arkib Istana budaya. cuba tengok harga tiket masa tu murah ja. kenapa aku  bersemangat sangat nak tengok the secret life of nora ni?aku suka tengok tiara jacquelina berlakon. aura dia bila berlakon teater tu buat watak tu hidup tau ( personal opinion ).

Kali ni bila ajak Upa, sekali ja dia dah setuju. macam pelik je. siap dah belikan tiket. huaa terharu! terima kasih upa sanggup beli tiket untuk girlfriend you yang banyak cekadak ni.

Jom review cerita the secret life of nora. amik mood nak tengok teater esok!


The Secret Life of Nora (NORA) berkisar di zaman kegemilangan kelab panggung hiburan di Pulau Pinang pada era 60an. Projek terbaru Enfiniti ini adalah sebuah muzikal hebat yang menceritakan kisah Nora, seorang wanita yang memiliki kehidupan yang sememangnya dicemburui wanita lain.


Dia berharta, memiliki rupa paras yang amat cantik malah merupakan seorang penyanyi terkenal di sebuah kelab panggung kepunyaannya sendiri. Kelab tersebut merupakan hadiah istimewa daripada bapa kesayangannya sebelum bapanya meninggal dunia.

Akan tetapi, Nora tidak menyedari bahawa kelab serta perniagaan peninggalan bapanya itu sebenarnya merupakan pusat akitiviti ‘money-laundering’ oleh bapanya dalam menjalankan aktiviti haram dengan rakan sindiketnya di seluruh dunia.

Oleh itu secara tidak langsung, Nora sebagai pemilik baru panggung itu kini menjadi sasaran pihak Polis Antarabangsa (Interpol) dalam menjejaki aktiviti haram tersebut. Nora juga diancam dengan penutupan panggung itu dan Nora sendiri bakal dipenjarakan.
Namun demikian, mungkin kerana nasib menyebelahi Nora, pihak Interpol telah membuat satu tawaran kepada Nora, iaitu bekerjasama dengan pihak Interpol untuk menjadi seorang pengintip dalam usaha mereka menjejak aktiviti kumpulan sindiket pemerdagangan manusia yang mempunyai jaringan di seluruh dunia atau meringkuk di dalam penjara. Nora bersetuju.

Pihak Interpol telah memilih pegawai terbaik mereka dari India (berkelulusan Oxford), bernama Ashok untuk melatih Nora dalam persediaannya menjalankan tugas barunya itu. Program latihan yang sememangnya mencabar walaupun untuk seorang pengawai terlatih, apatah lagi seorang penyanyi yang biasanya dimanjakan.

Namun Nora tekun belatih untuk menjalankan tugas itu bagi menyelamatkan dirinya, panggung serta perniagaannya, disamping untuk menyelamatkan gadis-gadis panggung yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang tidak bertanggungjawab dan dalam pada waktu yang sama juga, demi jejaka yang secara tidak sengaja, Nora mula merasakan cintanya. namun semuanya harus Nora lakukan secara rahsia.




Itulah serba sedikit sinopsisnya. tengok dekat twitter memang gah la semua cakap best. tak sabaqnya nak pi tengok. pejam mata! cepat la esok.cepat la.cepat la.

Regards ;
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...