Friday, October 7, 2011

Fenomena Cobalt Blue

Aku bukanlah orang yang pandai berfesyen macam orang lain. Tapi rasa kecintaan dekat fesyen tu adalah. Disebabkan saiz badan aku yang dah setanding dengan ikan buntal, buat masa sekarang aku tak dak mood nak beli baju fesyen-fesyen. Tunggu sat aku diet dulu pas tu nak melaram balik aiihh.

Selalunya aku akan pakai baju mengikut mood aku pada hari tersebut. kalau aku rasa hari isnin aku perlukan 'tenaga' aku akan pakai baju warna hitam. bila aku rasa aku nak protes/memberontak/garang aku akan pakai warna merah. kalau aku nak budget innocent aku akan pakai baju yang berwarna lembut sepeti soft pink, peach dan warna-warna soft yang lain. 

Cuma ada satu kepantangan aku adalah, aku tidak akan pakai baju warna biru. tudung lagi la tak pernah wujud dalam almari aku warna biru. aku sangat tak suka biru lembut. biru apa pon aku tak suka KECUALI satu jenis biru ni iaitu Cobalt Blue.

Cobalt Blue ni kalau pakai dengan element hitam sikit, memang cantik habis la bagi aku. 

Nampak tak? simple aja tapi cantik. aku suka aku suka!







Sekian itu lah hasil yang tak seberapa untuk petang Jumaat ni. Horey esok cuti! Hari Sabtu nak tengok The secret life of nora. tak sabaqnya! nak pakai baju apa ni ??? Baju semua tak muat dah gemok ( sadis! )

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...