Sunday, October 9, 2011

coretan suka-suka : seperjalanan berjumpa nora

Seperjalanan menuju ke Kuala Lumpur demi The Secret Life of Nora ( TSLON). Seawal 6.00 pagi aku dah bangun. tak boleh tidoq wei. teringat masa zaman kanak-kanak kalau aku terlalu excited dengan sesuatu benda yang akan jadi keesokkan harinya aku memang tak boleh tidoq. Rasa macam ada butterfly dalam perut. macam tu jugak la yang jadi malam sebelum aku tengok TSLON. tak boleh belah gile haha. Tapi sebenarnya faktor sebenar aku tak boleh tidoq adalah pergi minum kopi dekat kedai ayam penyet. hamik kau tak boleh tido!.


Gerak menuju Kota Damansara seawal 8 pagi. pukul 10 pagi sampai KD. Lepak dekat rumah kakak, lepas tu dalam hujan lebat aku dengan upa gerak pergi curve tanpa hala tuju. Bila dah sampai, si BF tanya, awak nak shopping ke? si GF hanya geleng tanda tak nak shopping. tapi dalam dok jalan-jalan tu dia kaut jugak sehelai baju ( haha ).

jalan-jalan lagi si GF kata, eh saya haus la jom beli air dekat 7E. lalu menujulah kami ke arah 7E. bila dah nak sampai, si GF cakap : tak jadilah beli air kat sini saya nak minum kat starbucks. memang GF kau banyak songeh kan. maka melepak lah sepasang kekasih ni di situ sambil melihat hujan turun renyai-renyai. 


Kemudian, berwindow-window shoping and karoke kat redbox dari pukul 2.30pm-5.30 pm. best gile kot nyanyi-nyanyi sesuka hati, ada 3 mic kitorang pakai semua.lepas tu duet banyak lagu. Argh Bahagianya hujung minggu. 


Akhir sekali, bergerak ke istana budaya. jalan kaki pergi tasek lepas tu lepak dekat cafe IB. amboi boleh tahan ramainya orang-orang kaya datang tengok TSLON. kali ni si BF berjaya dapatkan tiket RM 223.00 dengan separuh harga ( istimewa untuk pengguna maxis katanya ) jadi total cost untuk tiket sepatutnya RM 446 menjadi hanya RM223. itu sangat awesome beb. duduk dekat Grand circle. dapat seat tengah-tengah memang superb habis la.

Memang kagum dengan teater ni, bila mula ja aku dah tepuk-tepuk ala-ala clapping song. seronok sangat dengan pentas yang cantik, warna-warni, tarian,nyanyian semua secukup rasa. macam ni habis duit pon tak pe sebab berbaloi. 

Penyebab utama aku nak tengok TSLON ni sebab Datin Tiara!


watak Adibah Noor memang best habis la. kelakar kot. terkekeh-kekeh aku gelak. bila masuk part 2 baru watak aznil ada. aznil macam biasa memang kelakar dan best. dalam teater ni watak aznil adalah MR J yang pelat tak reti sebut 'R'. so Nora jadi NOWA kikiki. 

Berakhirlah satu lagi kisah hujung minggu. Dah kena balik Ipoh,kena kerja arggh monday blues datang lagi. Terima kasih awak untuk hujung minggu yang best.

Regards ;
Nisa Fadzil

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...