Saturday, October 15, 2011

Cara hidup sederhana yang boleh menjimatkan wang

Di hari Sabtu yang indah ni, aku nak menasihati diri sendiri supaya berjimat cermat masa senang, biarlah orang nak kata kedekut. Bila difikirkan kadang-kadang cara bersederhana dalam segala urusan dapat menjimatkan wang yang paling banyak. Jom kita teliti satu persatu apa yang boleh kita, sederhanakan dalam perbelanjaan dan urusan. peace yo!


  • Beli penapis air dan pasang di rumah anda . setiap bulan air ditapis percuma, maka lebih menjimatkan daripada membeli air mineral dan juga beli di tempat mesin yang ada sekarang ni.
  • Membayar bil secara online. lebih menjimatkan masa dan wang. jimat minyak! jimat duit parking!

  • Menjual semua barang-barang lama anda di internet. korang tak mahu, tak bermaksud orang lain tidak mahukannya.
  • Potong perkhidmatan tv berbayar. kan dah ada internet tengok je cerita online. kan jimat (!)
  • Awal-awal dapat gaji terus masukkan untuk simpanan. jadi korang terpaksa teruskan hidup dengan duit yang ada sahaja. kalau tak buat macam tu sampai 20 tahun pon tak dak saving.
  • Naik moto kalau kerja kat KL atau pon pi kerja car pool.
  • Pakai kereta yang jimat minyak.

  • Amalkan minum air suam dari air manis : jimat tu 
  • Shopping ketika sale. tapi AWAS waktu sale kalau tak beringat boleh jadi saat paling boros 
  • Dapatkan berita dari internet dan bukan surat khabar. jimat wang dah kertas (!) . nak baca gossip cari ja kat internet berlambak dan up to date 




Sekian terima kasih. kepada diri sendiri segera amalkan secepat mungkin. air mineral pon nak pergi beli kat kedai. bawak-bawak la berjimat.

Regards :
Nisa Fadzil

2 comments:

  1. setuju! tapi bab shopping tu kdg2 terbabas jugakkk...muehehehhe..

    ReplyDelete
  2. arghh sama la ! kalau nampak sale tu terbeliak ja mata ni. nak borong semua :D

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...