Sunday, September 4, 2011

Pembayaran ASB Melalui Maybank2U

DISIPLIN DISIPLIN DISIPLIN! 

Kenapa susah sangat aku nak kawal diri aku dari habiskan duit gaji yang ada. kenapa aku asyik beli membeli dan terus membeli. Kau memang tidak berdisiplin! 

Penat survey dekat forum Cari gold patutkah aku buat loan ASB memandangkan aku ni tak konsisten simpan duit. apa yang aku faham, kalau manusia yang tak berdisiplin untuk mencedok duit gaji dia tiap-tiap bulan masuk dalam akaun simpanan, maka elok lah korang amik loan ASB. kerana menerusi kaedah itu anda akan terpaksa membayar hutang bank. bila manusia dalam keadaan terpaksa dia memang semulajadi akan berdisiplin.

Bagi yang memang ada kekuatan untuk buat simpanan sendiri lagi la bagus. memang aku respect dowhh.
dalam aku menggali kaedah yang terbaik untuk aku simpan duit dalam ASB akhirnya aku terfikir. Boleh ke transfer duit melalui maybank2u terus ke akaun ASB. Antara faktor yang membuatkan aku malas nak menyimpan adalah kerana malas nak mengharung jalan jem malas nak cari parking semuanya malas. jadi kalau ada maybank2u kan bagus.

Akhirnya penyelesaian kepada malasah aku adalah : ASB boleh dibayar melalui maybank2u. tapi ada cas perkhidmatan la. tak ada benda yang percuma. kalau aku naik kereta pon kena boh minyak jugak. jadi sama saja!

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web ini amanah saham nasional berhad

Pendaftaran 'Add Favourite' bagi Pengguna Baru

 Cara mendaftar ‘Add Favourite’
1
Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my 
2
Pilih ruangan ‘Investment’ 
3
Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu 
4
Pilih ‘Add’ untuk mendaftar Akaun ASNB 
5
Sahkan nama unit amanah yang didaftar. Mohon nombor TAC. Klik ‘Continue’ 
6
Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’ 
7
Isikan Nombor Ahli ASB, Jenis ID, Nombor ID dan Nama Ahli . Klik ‘Continue’ 
8
Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘Confirm’ untuk mengesahkan langganan 
9
Simpan pengesahan langganan untuk rujukan 
10
Semak status pendaftaran . Rujuk jadual dibawah:
Waktu PendaftaranSemakan status
Dari 12.01mlm hingga 5.00ptg1.00ptg hari bekerja berikutnya

Pelaburan Tambahan bagi Pengguna Berdaftar
 Cara menambah pelaburan ASB
1
Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my 
2
Pilih ruangan ‘Investment’ 
3
Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu 
4
Pilih ‘ASB Payment’ di sub menu. Pastikan Akaun ASB yang didaftarkan berstatus ‘Active’ 
5
Pilih akaun pembayaran pemegang unit ASB dan klik ‘Continue’ 
6
Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’ 
7
Isi amaun pelaburan dan pilih akaun pembayaran. Klik ‘Continue’ 
8
Sahkan maklumat transaksi. Klik ‘Confirm’ 
9
Cetak pengesahan status pembayaran untuk rujukan 
10
Semak status langganan di ASNB. Rujuk jadual dibawah:
Waktu TransaksiSemakan status
Dari 12.01mlm hingga 5.00ptgHari bekerja berikutnya


aku nak daftar hari ni tak boleh la pulak, sebab bukan hari bekerja. hari Isnin nak daftar lah. Tengok berdisiplin ke tidak kau ni!

Regards:
Nisa Fadzil

1 comment:

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...