Saturday, September 3, 2011

nostalgia syawal

Assalamualaikum dan Salam lebaran!

Sesungguhnya aku sangat berdukacita sebab cuti dah habis. Raya tahun ni macam tak berapa nak meriah sangat la. tapi nasib baik la ada si kecik Khaalish Umar best jugak la nak kasi duit raya kat umaq ni sorang.

Bila hari raya semua upload gambaq raya. tapi aku ni tiap-tiap tahun liat sangat nak bergambar. Tu la dah pesan dah suruh diet , hang pi menternak lemak di bulan posa. bukak posa tak mau kalah makan baskin robin, telah kenny rojers. ha hasilnya tadaa lemak-lemak TEGAR. 

Teringat zaman kanak-kanak, memang terkinja-kinja nak raya. kalau mak tak kemas rumah , aku yang sibuk tanya "MAK TAK KEMAS RUMAH LAGI KE?' 

Mengimbau zaman raya dulu kala, inilah kisah hari raya saya :


1. Kuih Raya

Masa kecik-kecik dulu lepas sahur mak mesti buat kuih raya. memang wajib la buat kuih bunga cina (samprit), kuih boat cinta, biskut Y, kek permaisuri. memang wajib la semua kuih tu. lepas tu tak sabaq nak tunggu bukak posa sebab nak panjat kabinet dapuq mak , nak rasa kuih raya.


Bila dah besaq ni hampeh sebijik kuih pon dah tak buat. semua main tunjuk kat kedai. maka menjelmalah biskut almon landon, nama yang oversea bukan main. 

Persoalan kenapa mak dah tak nak buat kuih raya sejak duduk aloq staq ni? 

abang aku jawab. dulu duduk kampung tak dak kedai nak beli kuih. bila dok pekan semua kuih ada men bakaq duit ja. waaaalah itulah jawapan paling tepat skali!

2. Baju Raya

Masa kecik-kecik baju raya aku warna plain ja. Mak aku buat pakai kain lebih baju melayu bapak aku.caitt.tapi tu la paling cantik skali masa raya. mak beli cekak sedondon dengan baju. lepas tu handbag bulu-bulu bentuk staberi. pergh paling style untuk pergi beraya. bedak mau tau la mak tempek chowchow punya melepak tahan sampai petang.

Bila dah besaq sikit nak baju kurung, seluar jeans mesti ada la. pas tu mak suruh pi try pakai, siap tangkap gambaq lagi. masa tu paling style la pakai t-shirt raya ( size besaq ) dengan seluaq jeans raya. Terima kasih mak! syok ada baju seluaq baru.

Tahun ni first time aku kena beli baju raya sendiri, baru aku tau baju warna plain dulu jugak best sebab FREE!

3. Duit Raya

Bila mak dah siap tempek bedak, aku dengan kawan-kawan jalan kaki pergi masjid. ha bukan nak smayang raya pon tapi sebab nak beratur amik duit raya kat masjid. Yeah bijak-bijak amik berkat beraya kat masjid. pas tu baru menjelajah pergi beraya berbekalkan handbag bulu-bulu. rumah yang jadi mangsa adalah rumah-rumah yang on da way dari masjid ke rumah aku. aku tak jenis merayap p mintak duit raya suka-suka hati. rumah tertentu ja aku pi.

zaman tu dapat la dalam 20sen ke 50sen. zaman beredar, duit kertas jadi rebutan. masa mula-mula duit 2ringgit kertas keluar memang masyuk la. semua kasik duit 2ringgit keras punya. aku suka bau BANK! balik rumah kira duit raya! kira banyak-banyak kali macam la duit tu nak bercambah kalau kira lebih dari 10kali


sekarang dah kerja, amek kau aku kena kasik duit raya. aku letak singgit ja dalam sampul tu. bersyukur la wahai kanak-kanak hehe. ada budak kata, ala sikit ja! tak mau ah! ish aku sekeh karang, tak nak sudah aku amek balik boleh beli ice cream Mcd tau.

4. Pelita dan Bunga Api

Meriahnya masa kecik pasang pelita keliling rumah. baru feel nak raya beb! main pulak bunga api yang percik-percik tu. bunga api warna warni, bunga api pemegang merah belang-belang. memang gempak habis la wei. nyanyi la "SELAMAT HARI RAYA,hari untuk kita bersuka ria lalaalaa ' lari-lari tangan pusing-pusing hayun bunga api.


Bila mai zaman bunga api,mercun diharamkan alangkah dukacitanya. aku dengan abang aku main tanglung buat dari surat khabar ja. sedih! tapi kreatif 

2011, main mercun berdas-das tembakan. dulu ada time merdeka ja. bukan main semua taman-taman kampung kampung sekitar alor staq lawan men bunga api berdas das tembakan.

Berakhir sudah, imbauan hari raya aku. banyak nak cerita tapi aku semak perut nak cari mood pi kerja. kepada pemilik-pemilik gambar yang aku upload sorry bebanyak saya amik jalan mudah google image sahaja. mintak halal kira aci tak ngee.

Regards:
Si Gemuk ucap selamat hari raya



No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...