Wednesday, August 17, 2011

Ujian Bulan Ramadhan

Realiti kehidupan kadang kala sangat perit untuk ditelan. Bila ditimpa musibah diri akan memberontak, hati meraung-raung kenapa hanya kita diberi ujian. Kenapa laluan hidup orang lain kelihatan mudah, walhal jalan yang kita lalui berliku-liku.

Bila terbaca sebuah blog ni, aku terus munasabah diri. sesungguhnya Allah hanya beri aku dugaan yang kecil saja, tapi aku banyak merungut. Hanya kesusahan yang aku sebut-sebut.

Salah satu cara menghadapi ujian Allah adalah kita perlu ingat janji Allah kepada kita. Seperti mana yang aku baca dari artikel kat bawah ni :



Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan.
Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. 
Pujuklah hati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana larinya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.



Monday, August 8, 2011

I love skin tone shoes

Secara bangganya, aku umumkan aku tengah mengalami krisis lambakan kerja. Tapi, mood meng'google' maintain aje. 

Cuma kat sini saya nak maklumkan dan mintak maaf sangat-sangat sekiranya bahasa dalam penulisan blog ni tidak menggunakan bahasa melayu baku dan jugak tidak menggunakan bahasa inggeris tulen. Dalam erti kata yang lain , penulisan blog ini adalah BAHASA ROJAK. sebab saya menulis dari apa yang terbuku dari hati, dan saya tidak suka menulis sesuatu yang bukan diri saya. saya bukan manusia yang meluahkan perasaan dengan menggunakan bahasa BAKU. zaman dulu-dulu penulisan dapat A1, bila dah besar ni rasa macam nak keluar dari alam skema permarkahan. tambahan pulak, blog saya ni bukanlah penulisan ilmiah yang ada www.nisafadzil.edu bla bla bla hehe.

* pertukaran kata ganti diri aku kepada SAYA. hanya untuk pernyataan di atas 

berbalik kepada mood asal. wei aku jatuh cinta dengan 'skin tone shoes ' cam mana nak panggei dalam bahasa melayu. kasut bertona warna kulit.






Urgh jiwa raga melompat-lompat terkinja-kinja nak suruh beli kasut warna ni untuk raya. rasanya sebelum balik kamung kena singgah KL la shopping dulu. haiyak KL i'm coming. 

Baik untuk pembacaan yang lebih lanjut tentang artikel kasut ni, boleh la korang pergi dekat link emmagem.com. banyak info kat situ .so selamat membeli belah untuk hari raya.  areeeeba

Regards :
Pencinta Kasut

Sunday, August 7, 2011

Makhluk hijau muncul di Ipoh

Dilaporkan tepat pada pukul 6 petang, terdapat makluk hijau yang hon hon depan rumah aku. Bila dijenguk dekat tingkap rupanya boyfriend aku weii.. Apahal cepat sangat dah terjojol depan rumah . Bukan main merempit lagi. ingat KL-Ipoh macam Ampang- Cheras ke?

Aku pon siap-siap, bila tengok moto baru si boyfriend aku dah ternganga. ARGH NI MOTO TAK NAK KASI TOMPANG

ni nak bawak aku ke tidak ni.macam mana nak naik? huaa dah macam boiik dah kalau aku naik moto ni. maka aku isytihar moto ni moto KEDEKUT TAK KASI TOMPANG.

ni serabut ni, kalau naik nak pakai helmet apa?

tak kan nak pakai helmet ni :


HOH TAK KAN KOT

WUEEK TAK NINJA PON

HA YANG NI BARU NINJA KAHKAH

NI PON OK HEHEE 

INI PON OK GAK UPA!
Hehee jangan marah encik boyfriend, saya melawak aje. Tapi cer tolong pikir macam mana saya nak tumpang ni.

Regards,
Pening selaloo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...