Monday, July 18, 2011

Menipu Bukan Indah


Hallo..

Tajuk diskusi hari ini adalah MENIPU BUKANLAH INDAH. Aku bersemangat waja nak cerita pasal menipu sebab aku baru ja lepas menipu. Tak payah la aku mention apa, cuma aku akan rasa teruk sangat bila menipu. Bila menipu kita akan cuba meng"halal"kan benda yang sememangnya salah.

Korang akan cuba memujuk hati, supaya tak rasa bersalah!
hakikatnya, dah ternyata korang bersalah sebab menipu. Bila dah menipu baru akan timbul kekesalan. Kesal sebab, kenapa nak menipu sedangkan kita boleh berterus terang?
Bila berterus terang kita sendiri akan rasa tenang dan hidup tanpa RASA BERSALAH.

Ini kalau menipu, mesti terfikir benda-benda macam ni :

  1. munasabah ka alasan yang aku bagi
  2. Orang boleh detect tak aku menipu?
  3. kenapa aku tak kasi alasan B, itu kan lebih logik!
Maka, tersedarlah kita bahawa nikmat menipu hanya sementara. tapi yang nak MENGHANTUI, teramatlah banyak. ( hehehe pengalaman diri sendiri ).


Jadi, janganlah kita jadikan menipu sebagai amalan kerana akan bawak kesan buruk kepada diri kita nanti. hidup dalam keadaan "PEACE!" tanpa menipu dan ditipu.

Terlanjur menaip, jom kita kenali penipu.

TIPS MENGENALI PENIPU :

  1. Orang yang menipu akan mengelak dari berlakunya "eye contact " . Dia akan pandang tempat lain.
  2. Dia akan pegang muka,mulut,tekak dan memegang hidung atau belakang telinga.
  3. Orang yang menipu selalunya bersikap defensive. 
  4. Terlalu banyak butiran yang dia cakap. sebab dia memang mereka-reka point nak cakap. sebab tu bukan main panjang lebaq lagi.
  5. Orang yang tidak jujur akan menggunakan sindiran ketika menjawab soalan. ( boleh lak cam tu )
  6. Memberi jawapan yang boleh diputar belit.
Ok, akhir sekali pesanan untuk diri sendiri : elakkan penjadi penipu dan mangsa penipuan. Renung-renungkan

Regards :
Aku Serik Menipu

2 comments:

  1. yg no 1 tu kan...cmna klau jnis aku ni yg sush nk tgk mna org ni ha????


    npe entry kita lebih kurg ha???mnipu gak...

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...