Friday, July 15, 2011

Hujung Minggu Itu Indah

Kerjaya sebagai Cikgu memang mencabar. Bukan semua orang akan faham bebanan yang cikgu-cikgu tanggung. Jangan kita sempitkan pandangan kita, sebab apa yang kita nampak pada mata kasar bukanlah gambaran keseluruhan apa yang terjadi. Maka pandanglah dengan MATA HATI.

Tapi jangan salah faham, hakikatnya semua perkerjaan dalam dunia ni ada cabaran yang tersendiri. Mak cik cleaner pon ada cabaran, doktor, polis, orang jual sayur semua ada cabaran tersendiri. Oleh itu, janganlah kita begitu lantang bersuara mengatakan "eh kerja kau senang ja!, eh kau banyak cuti ! " HENTIKAN!

Selesai sudah mukadimah aku tadi (hehe)

Setelah dengan pecah peluh aku kerja, akhirnya minggu lepas dapat jugak pi jalan-jalan. Habis ja sekolah hari Jumaat aku dengan mirawati dah dating dekat Pizza Hut Tambun. Bukan main lagi makan pizza..lepas dah bruuurbb kenyang kitorang gerak drive trough McD beli ice cream. Ah memang dasar perut PUAKA.

Lepas tu tengok jam awal lagi baru pukul 3. Terus tanya Put, jom mandi sungai! Maknanya di sini, kalau nak pergi mana-mana tak perlu rancang beria-ria. Kalau rasa nak jenjalan, start kereta isi minyak dan SAMPAI! hendak seribu daya...Tak mahu berdalih-dalih. Al - kisahnya, sampai la kami bertiga dekat sungai Chepor, Perak. Dekat ja dalam 20 minit dah sampai. Seronok mandi sungai, rasa macam bebanan kerja aku tu hanyut kena bawak arus ( metafora terlampau ).


Kemudian keluarlah cerita nak Breakfast dekat Cameron. Tak sangka esok jugak kitorang pergi Cameron. Amik kau Isi minyak dan jalan! yipi. Kalau hari tu breakfast dekat tea BOH, Kali ni breakfast kat Bharat pulak. Syok dowh sekali sekala wat benda-benda tak masuk akal contoh macam pergi Cameron semata-mata nak breakfast. 

Apa yang BEST. semestinya Scones and cheese cake!


Balik ja dari Cameron lepas mandi aku terus tercongok depan laptop melayan cerita PERSONAL TASTE. Mak ai hensome sungguh Lee min Ho



Aku layan satu hari suntuk sanggup bersengkang mata demi lee min ho.. Berakhirlah hujung minggu yang paling best dalam sejarah aku kerja. Lepas tu jenuh pujuk diri ni merelakan diri pergii Khusus. Aiyak!

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...