Sunday, July 24, 2011

Edisi Destinasi Budget : Teluk Batik

Assalamualaikun..

Al-kisah cikgu sangat sedih sebab kena pergi khusus pada hari Sabtu yang sepatutnya dia boleh pergi jenjalan, mencari hiburan. Tapi apa nak buat, surat dah keluar dan nama cikgu dipanggil lagi hehe.

Lalu, dengan beratnya nak buka mata, aku pon bangun la memandu kereta beruang menuju ke sekolah apa entah nama dia bersama cik rumput. Khusus yang agak menarik cuma aku tak berapa nak faham bahasa si penceramah tu, speaker kembang semua tu buat aku mengantuk!



Bila datang sesi hands-on baru la aku hidup sikit. bertungkus lumus siapkan teropah. sangat seronok untuk cikgu ala kiki lala. hei kiki lala, mari adek adek!

Selesai Khursus, kitorang dah menggelupur plan nak pergi Teluk Batik. 



Maka tepat pada pukul 3.30 petang kitorang pon bertolak. Aku dengan semangatnya, telefon Pekjah. Argh dah lama tak jumpa kawan aku yang sorang ni. rindu bangat..

Bila dah sampai Teluk Batik aku dah terkinja-kinja nak terjun laut. Bestnya, dapat mandi laut! Selama ni aku tak suka mandi laut sebab nanti hitam. tapi hari tu sampai petang redup ja sangat syiiok sangat-sangat.

bukan setakat mandi, main Banana Boat, Boat Donat yang hampir buat aku dengan put nak tercampak tengah laut tu. Kuang asam betul. saya ja nak kenakan kitorang. nasib baik la aku dengan put buat sesi BERTAHAN tak nak jatuh. Akhirnya success !

Lepas tu pekjah bawak pulak jalan-jalan dekat Marina. Jakun-jakun terlompat-lompat bila sampai. nampak pulak ada orang sewakan basikal. Ha bukan basikal biasa korang tau, ni basikal yang boleh kayuh dua orang tu. haha style gile. 



Destinasi Budget :

tak perlu belanja besar untuk gembira

TOL : Ipoh - simpang pulai  = RM 1.80
MINYAK KERETA : RM 30 ( share 3 orang jadi sorang RM 10 )
BANANA BOAT : RM 5
BOAT BULAT ( tak tau nama ) : RM 10
BASIKAL : RM 6
MAKAN : free mak pekjah belanja

Jadi jumlah keseluruhan : RM 32.80

Sangat seronok dapat belanja  kurang dari RM 50. Ni baru destinasi budget beb..tapi dalam dok budget tu macam-macam aktiviti boleh buat. Bahagianya aku.

Jadi minggu ni boleh dikatakan holiday jugak. 

mini vocation naik kereta macam mr Bean 

Regards :
Cikgu gumbira

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...