Sunday, July 31, 2011

10 Perkara yang membuatkan girlfriend marah


Perasaan paling teruk seumur hidup adalah membenci  kekasih yang terlalu lambat untuk memahami. Kalau tengah marah semua kebaikan kekasih kita akan lupa. ya sudah semestinya, tak kan tengah marah tiba-tiba nak sengih kot. 

Sekarang aku nak senarai apa benda yang buat aku sangat marah. bila aku marah,kenapa aku marah.

Ternyata banyak perkara yang boleh menaikkan kemarahan aku.

Bila aku akan marah? Aku marah bila .....
  1. Aku marah tapi dia tak tau yang aku tengah marah.
  2. Bila dia salah, dia tak tau kata dia salah. dan dia akan tanya " saya dah buat salah ke? apa salah saya ? please bagi la tau " . hangguk betol la tak kan tak tau diri tu buat salah
  3. time birthday dia lambat wish dan tak dak apa-apa plan pon untuk celebrate.
  4. Konon nak buat surprise tapi surprise tu menyakitkan hati aku sebab lansung tak jadi! - bagus cubaan itu tapi hati aku sakit.
  5. Aku telefon, dia buat selenga nak dengaq tak nak dengaq. jawab macam orang malas. nak aja aku gantung atas pokok
  6. aku pesan suruh potong rambut tapi dia kata, " biaq la, macam ni baru hensem ". hensem la sangat aku tengok dah macam orang asli terlepas dah.
  7. Aku pesan suruh pakai hensem-hensem nak kuaq dating, tapi bila dia sampai dah la lambat, tengok-tengok dia pakai baju tak gosok kasut slipar jamban.
  8. Dah lama tak dating, tiba-tiba dia suruh aku tengok kaki dia, rupanya kaki injured kulit terkoyak tak boleh jalan jejauh. aku dah pesan main bola jangan sampai injured! last-last aku tak jadi  marah, jadi kesian singgah watson beli plaster tempek kat kaki dia.
  9. Aku suruh pakai baju yang bla..bla..blaa. bila sampai dia pakai baju lusuh. bila ditanya "kenapa awak pakai baju buruk?" dia jawab, " entah baju ni ada paling atas, kena pakai ikut susunan " . Aku memang sakit hati betul la.
  10. Bila aku merajuk, dia guna pendekatan " saya tak nak ganggu awak sebab saya tau awak tengah marah " . Hakikatnya aku rasa macam aku marah dekat tunggul kayu je.

sekian dulu 10 benda yang buat aku marah buat setakat ni. ada banyak lagi nanti aku pikir. 
current mood : marah sorang-sorang dia tak pedulik.

Regards :
Gf marah

Sunday, July 24, 2011

Edisi Destinasi Budget : Teluk Batik

Assalamualaikun..

Al-kisah cikgu sangat sedih sebab kena pergi khusus pada hari Sabtu yang sepatutnya dia boleh pergi jenjalan, mencari hiburan. Tapi apa nak buat, surat dah keluar dan nama cikgu dipanggil lagi hehe.

Lalu, dengan beratnya nak buka mata, aku pon bangun la memandu kereta beruang menuju ke sekolah apa entah nama dia bersama cik rumput. Khusus yang agak menarik cuma aku tak berapa nak faham bahasa si penceramah tu, speaker kembang semua tu buat aku mengantuk!



Bila datang sesi hands-on baru la aku hidup sikit. bertungkus lumus siapkan teropah. sangat seronok untuk cikgu ala kiki lala. hei kiki lala, mari adek adek!

Selesai Khursus, kitorang dah menggelupur plan nak pergi Teluk Batik. 



Maka tepat pada pukul 3.30 petang kitorang pon bertolak. Aku dengan semangatnya, telefon Pekjah. Argh dah lama tak jumpa kawan aku yang sorang ni. rindu bangat..

Bila dah sampai Teluk Batik aku dah terkinja-kinja nak terjun laut. Bestnya, dapat mandi laut! Selama ni aku tak suka mandi laut sebab nanti hitam. tapi hari tu sampai petang redup ja sangat syiiok sangat-sangat.

bukan setakat mandi, main Banana Boat, Boat Donat yang hampir buat aku dengan put nak tercampak tengah laut tu. Kuang asam betul. saya ja nak kenakan kitorang. nasib baik la aku dengan put buat sesi BERTAHAN tak nak jatuh. Akhirnya success !

Lepas tu pekjah bawak pulak jalan-jalan dekat Marina. Jakun-jakun terlompat-lompat bila sampai. nampak pulak ada orang sewakan basikal. Ha bukan basikal biasa korang tau, ni basikal yang boleh kayuh dua orang tu. haha style gile. 



Destinasi Budget :

tak perlu belanja besar untuk gembira

TOL : Ipoh - simpang pulai  = RM 1.80
MINYAK KERETA : RM 30 ( share 3 orang jadi sorang RM 10 )
BANANA BOAT : RM 5
BOAT BULAT ( tak tau nama ) : RM 10
BASIKAL : RM 6
MAKAN : free mak pekjah belanja

Jadi jumlah keseluruhan : RM 32.80

Sangat seronok dapat belanja  kurang dari RM 50. Ni baru destinasi budget beb..tapi dalam dok budget tu macam-macam aktiviti boleh buat. Bahagianya aku.

Jadi minggu ni boleh dikatakan holiday jugak. 

mini vocation naik kereta macam mr Bean 

Regards :
Cikgu gumbira

Wednesday, July 20, 2011

Kau ku seru wahai nuffnang

Dear Nuffnang,

Terima kasih kerana memberi saya buffered earning sejak beberapa bulan yang lalu. Banyak sangat untuk orang yang jakun tak pernah dapat bufferd earning banyak-banyak macam aku ni. Masa dulu ada la dalam 5 BE serentak. Sangat seronok. Baru la aku tau macam mana orang seronok bila dapat cash out. Tapi bila dah hampir-hampir nak boleh cash out kenapa la BE aku habis semua ditarik balik.. Hua nak nangis. En. Nuffnang kasi la saya BE lagi yer. saya tau saya malas update blog, tapi saya cuba sedaya upaya curi-curi masa antara nak mengajar anak murid dan juga berblog heheee.

Regards :
Cikgu

Kosong tajuk

Di sebalik kesibukan sebagai cikgu baru, hari ni aku nak pot pet pot pet tentang hadiah birthday yang aku pernah dapat. Aku bukanlah lahir dalam family yang sambut hari lahir setiap tahun, Memang tak pernah pon mak dengan bapak sambut birthday aku. Hadiah pon aku tak pernah dapat dari "bapak" . Lumrah la kebanyakan ayah-ayah dekat dunia ni kurang PEKA dengan tarikh-tarikh penting.

Masa kecik-kecik aku pon lupa macam mana aku sambut birthday. sambut depan TV rasanya hahah. Masa dulu-dulu kawan-kawan akan buat card sendiri tulis dengan liquid paper pas tu conteng-conteng dengan magic pen. Cantik sangat-sangat.

Bila dah ada Boyfriend pon tak pernah celebrate betul-betul. Tapi yang paling bermakna adalah dapat hadiah dari Mr. Upa, bantal Barney sebab masa tu Upa tak ada duit sebab dia praktikal lagi. Paling hargai itu! mahal, murah bukan kayu ukur! Lepas tu makan KFC. walaupun murah tapi sangat  bermakna.

Bila Mr. Upa dah bekerja, dia tak pernah kedekut. Apa yang aku nak si dia akan cuba penuhi sebab katanya bila ada dia bagi, kalau tak ada memang tak boleh buat apa la.

Oleh itu secara rasminya saya menuntut camera yang saya tak ada sebagai hadiah tahun ni. Si dia memang tak baca blog aku ni...ceeepat doa dapat camera puuuh kanan puhhh kiri..ngee

p/s : rindunya dekat muhammad khalish umar

Regards:
Achik Khalish Umar


Monday, July 18, 2011

Menipu Bukan Indah


Hallo..

Tajuk diskusi hari ini adalah MENIPU BUKANLAH INDAH. Aku bersemangat waja nak cerita pasal menipu sebab aku baru ja lepas menipu. Tak payah la aku mention apa, cuma aku akan rasa teruk sangat bila menipu. Bila menipu kita akan cuba meng"halal"kan benda yang sememangnya salah.

Korang akan cuba memujuk hati, supaya tak rasa bersalah!
hakikatnya, dah ternyata korang bersalah sebab menipu. Bila dah menipu baru akan timbul kekesalan. Kesal sebab, kenapa nak menipu sedangkan kita boleh berterus terang?
Bila berterus terang kita sendiri akan rasa tenang dan hidup tanpa RASA BERSALAH.

Ini kalau menipu, mesti terfikir benda-benda macam ni :

  1. munasabah ka alasan yang aku bagi
  2. Orang boleh detect tak aku menipu?
  3. kenapa aku tak kasi alasan B, itu kan lebih logik!
Maka, tersedarlah kita bahawa nikmat menipu hanya sementara. tapi yang nak MENGHANTUI, teramatlah banyak. ( hehehe pengalaman diri sendiri ).


Jadi, janganlah kita jadikan menipu sebagai amalan kerana akan bawak kesan buruk kepada diri kita nanti. hidup dalam keadaan "PEACE!" tanpa menipu dan ditipu.

Terlanjur menaip, jom kita kenali penipu.

TIPS MENGENALI PENIPU :

  1. Orang yang menipu akan mengelak dari berlakunya "eye contact " . Dia akan pandang tempat lain.
  2. Dia akan pegang muka,mulut,tekak dan memegang hidung atau belakang telinga.
  3. Orang yang menipu selalunya bersikap defensive. 
  4. Terlalu banyak butiran yang dia cakap. sebab dia memang mereka-reka point nak cakap. sebab tu bukan main panjang lebaq lagi.
  5. Orang yang tidak jujur akan menggunakan sindiran ketika menjawab soalan. ( boleh lak cam tu )
  6. Memberi jawapan yang boleh diputar belit.
Ok, akhir sekali pesanan untuk diri sendiri : elakkan penjadi penipu dan mangsa penipuan. Renung-renungkan

Regards :
Aku Serik Menipu

Friday, July 15, 2011

Hujung Minggu Itu Indah

Kerjaya sebagai Cikgu memang mencabar. Bukan semua orang akan faham bebanan yang cikgu-cikgu tanggung. Jangan kita sempitkan pandangan kita, sebab apa yang kita nampak pada mata kasar bukanlah gambaran keseluruhan apa yang terjadi. Maka pandanglah dengan MATA HATI.

Tapi jangan salah faham, hakikatnya semua perkerjaan dalam dunia ni ada cabaran yang tersendiri. Mak cik cleaner pon ada cabaran, doktor, polis, orang jual sayur semua ada cabaran tersendiri. Oleh itu, janganlah kita begitu lantang bersuara mengatakan "eh kerja kau senang ja!, eh kau banyak cuti ! " HENTIKAN!

Selesai sudah mukadimah aku tadi (hehe)

Setelah dengan pecah peluh aku kerja, akhirnya minggu lepas dapat jugak pi jalan-jalan. Habis ja sekolah hari Jumaat aku dengan mirawati dah dating dekat Pizza Hut Tambun. Bukan main lagi makan pizza..lepas dah bruuurbb kenyang kitorang gerak drive trough McD beli ice cream. Ah memang dasar perut PUAKA.

Lepas tu tengok jam awal lagi baru pukul 3. Terus tanya Put, jom mandi sungai! Maknanya di sini, kalau nak pergi mana-mana tak perlu rancang beria-ria. Kalau rasa nak jenjalan, start kereta isi minyak dan SAMPAI! hendak seribu daya...Tak mahu berdalih-dalih. Al - kisahnya, sampai la kami bertiga dekat sungai Chepor, Perak. Dekat ja dalam 20 minit dah sampai. Seronok mandi sungai, rasa macam bebanan kerja aku tu hanyut kena bawak arus ( metafora terlampau ).


Kemudian keluarlah cerita nak Breakfast dekat Cameron. Tak sangka esok jugak kitorang pergi Cameron. Amik kau Isi minyak dan jalan! yipi. Kalau hari tu breakfast dekat tea BOH, Kali ni breakfast kat Bharat pulak. Syok dowh sekali sekala wat benda-benda tak masuk akal contoh macam pergi Cameron semata-mata nak breakfast. 

Apa yang BEST. semestinya Scones and cheese cake!


Balik ja dari Cameron lepas mandi aku terus tercongok depan laptop melayan cerita PERSONAL TASTE. Mak ai hensome sungguh Lee min Ho



Aku layan satu hari suntuk sanggup bersengkang mata demi lee min ho.. Berakhirlah hujung minggu yang paling best dalam sejarah aku kerja. Lepas tu jenuh pujuk diri ni merelakan diri pergii Khusus. Aiyak!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...