Tuesday, May 17, 2011

Tips menjadi seorang yang peramah

Sejak jadi cikgu ni, barulah aku sedar bahawa skill untuk bersosial, berkomunikasi dengan orangt lain sangat penting. Seorang guru perlu mesra, peramah dan juga mudah untuk berkawan dengan sesiapa saja. Baru-baru ni aku terpaksa menghadirkan diri ke mesyuarat RIMUP dekat KL. owoh anda diisytiharkan tak kenal sesiapa ye dekat sana. KESEORANGAN bawak diri sendiri drive sampai KL dengan penuh yakin.

Punya happy drive ke KL sampai sempat lagi singgah RNR Tapah beli Baskin Robin. Wah-wah gembiranya kau kena pergi meeting ( hikhik ).

Bila sampai dekat Hotel Olympic KL, mulalah tercengang-cengang sebab tak kenal sapa-sapa. Bila dalam situasi macam ni terpaksa guna skills yang ada dan cuba jadi seorang yang mesra. Janganlah menjadi kera sumbang hanya duduk tercongok sorang-sorang dekat lobi. Bila dapat bilik, duduk sebilik dengan akak yang berumur 50-an. Maka sangat ketaralah jurang umur. Tapi tak pa lah 'REDAH AJE!'

jadi, sekarang ternyata kita kena jadi 'friendly'dengan sesiapa sahaja tanpa mengira umur, kaum dan warna kulit. Janganlah wujud dalam diri kita unsur-unsur 'racist ' dan sebagainya. Tambahan kalau nak jadi pendidik, terlebih dahulu kita kena tunjukkan kesepaduan dan integrasi antara guru-guru melayu, cina dan india.

Di bawah adalah tips untuk kita sama-sama amalkan supaya kita jadi lebih 'friendly' :
  • Never be rude or insulting.
  • Look at yourself in the mirror and think positive thoughts about your appearance. If you like yourself, others will too.
  • Don't be shy. Say hello to people you haven't talked to in a while. Just keep in touch, it will be appreciated.
  • Try to use people's names. A hint for remembering names is to repeat their name every time you see the person.
  • When someone else asks how you are, ask them in return. For example:
  • You: Hi!
  • Person: Hi, how are you?
  • You: Good, and you?
  • Person: Great, thanks.
AMARAN : 

  • If you are overly friendly, you could end up seeming slightly creepy. This will just scare people off.
  • Be careful with your sense of humor though, saying a joke which seems funny to you may not be funny to everyone else.

Begitulah ceritanya amalan-amalan realistik yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian. Hurm kalau boleh aku nak belajar semua bahasa Cina dan India. Cuma satu saja yang aku rasa macam jadi duri la dalam usaha memupuk perpaduan ni. 

mentang-mentang la kaum A tak paham bahasa kaum B, Kaum B boleh mengutuk orang yang kaum A ni depan-depan pulak tu. memang la kaum A tak paham tapi dia boleh terasa sendiri la kau kutuk dia. kan boleh menimbulkan prajudis. Cer elak semua tu ..renung-renungkan.

berkawan tanpa mengira taraf : raja rimba (singa ) kawan dengan zirafah, hippo,kuda belang
berkawan tanpa mengira saiz : kuda belang, singa dan zirafah tak rasa malu nak kawan ngan hippo
ulasan : nisa fadzil :]

Regards :
Nisa Fadzil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...