Saturday, April 16, 2011

Cara Menghadapi Tekanan

Pernah korang rasa tertekan? kadang-kadang masalah datang tertubi-tubi menyebabkan korang buntu, bingung, bengong rasa macam nak terbang terus landing dekat PLUTO sebab korang 101% yakin bahawa masalah tu tak kan berjaya kejar korang sampai pluto. 

Tekanan belajar? tekanan kerja? arghh bikin serabut. Asyik terngiang-ngiang dalam kepala masalah itu ini. tak tau dengan sapa nak  dikongsi. bila disuarakan, disalah tafsir pulak! oh dunia yang kompleks dikelilingi oleh makhluk yang kompleks jugak. iri hati, perasaan dengki manusia menyumbang kepada tekanan. 


Antara tips yang boleh dikongsi :

BERSANGKA BAIK TERHADAP ALLAH :

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.


MENANGIS DENGAN SEKUAT HATI :

Pesanan aku, janganlah kita selalu menyimpan perasaan. berlagak konon diri kau kuat. Menganggap air mata tu sebagai benda yang memalukan. tapi bila dah tertekan, air mata tu boleh jadi terapi. bukan bermaksud kita kena menangis depan orang ramai menagih simpati. ada banyak cara kita boleh menangis tanpa disedari orang di sekeliling. salah satunya adalah :

Menangis ketika sedang memandu

Ni aku selalu buat. langkah pertama, buka radio, lagu dalam kereta sekuat yang mungkin, pas tu melalak la dalam kereta sekuat hati. tak ada sapa nak perasan pon korang tengah menangis kalau aku sedih aku suka dengar lagu yang lagi sedih. maka air mata aku akan keluar lagi banyak sebab terlebih feel lagu sedih. baru puas menangis.

Hurm STOP STRESSING 

Regards,
Nisa Fadzil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...