Friday, March 18, 2011

cabaran alam pekerjaan

Assalamualaikum,

Memang lama sangat-sangat aku tak berblog. nah amik bila dah kerja tak sempat pon aku nak pikir pasal blog. rasa macam banyak nak cerita tapi kekangan masa ( pergh perkataan! haha)

Macam mana perasaan peralihan zaman honga-honga (zaman belajar ) kepada alam pekerjaan?

memang banyak beza zaman belajar dengan kerja oi.
bagi situasi aku, aku adalah cikgu. tapi aku tak nak jadi cikgu yang berpikiran LAMA
rasa macam banyak perubahan yang korang nak buat bila dah mula berkhidmat. matlamat utama adalah nak "mendidik anak bangsa"
tapi korang takkan terduga yang sebenarnya tugas pengkeranian di sekolah mengatasi prioriti mengajar korang.

Bagi sesiapa yang dapat sekolah bandar akan faham apa yang aku cakap, sebab situasi mengajar kat sekolah kampung, pedalaman, felda tak sama dengan sekolah bandar.



CABARAN PERTAMA : PENTADBIRAN

cabaran pertama yang korang perlu hadapi si sekolah adalah PENTADBIRAN. Memang kena pandai bawak diri beb. korang akan jumpa macam-macam ragam manusia di sini


CABARAN KEDUA : LAMBAKAN JAWATAN

memang benda ni akan jadi dekat cikgu-cikgu baru. lambakan jawatan dan ayat yang akan keluar adalah "ORANG BARU KENA BANYAK BELAJAR"..gedebuk jawatan bertalu-talu. bersedia mental emosi sebab korang kena pandai manage perasaan untuk TIDAK memberontak.

CABARAN KETIGA : MASALAH KEWANGAN

bila baru kerja korang akan menggelupur sebab gaji tak masuk selama 2-3 bulan. masa ni korang akan mintak sedekah dan hutang keliling pinggang sebab nak bayar duit rumah sewa, duit kereta, minyak kereta, nak makan lagi etc.
maka bila dapat gaji jangan dok berangan lah nak beli itu ini, sebab tu dia hutang keliling pinggang. jangan sedih, confirm korang tak sempat nak merasa duit gaji tu haha.

CABARAN KEEMPAT : ORANG BUJANG YANG TERANAIYA

orang bujang memang dialu-alukan sebab kalau ada aktiviti apa pon korang mesti involve punya. don't worry sebab korang tak dak suami/isteri/anak. golongan bujang ini akan dianggap mempunyai masa lapang yang teramat sangat. MEREKA menganggap golongan bujang ni tak buat apa-apa time hujung minggu. golongan bujang hanya tidur bila ada masa terluang dan mereka memang desperate sesangat nak kerja yang banyak.
(hurrmmmmmmmm)

ok cukup 4 cabaran aku nak cerita sebagai gambaran dekat korang.hahaaahaaa nanti aku sambung lagi!

Regards,
cikgu nisa fadzil

7 comments:

  1. hmm.. ni lah cabaran kan...
    Terpaksa hadapinya...
    Nanti dah dapat gaji baru rasa best kot.. hehe

    ReplyDelete
  2. sedara aku dpt cikgu kat sabah nun..naik sampan kecik semata-mata nak ngajar budak

    okey, aku hope ko tabah
    jdi cikgu yg sabar
    tok didik budak2
    yeah!

    ReplyDelete
  3. hahaha.gila la.aku dgr pun takut.aku xrasa aku leh jadi cikgu daaa...adeh.

    ReplyDelete
  4. Miss sunshine : banyak cabaran.tapi time dapat gaji nanti lupa la semua masalah keja uhuu

    gabanmorka : wohoo jauhnya kena hantaq.tu la cabaran mental fizikal. ramai gak yang kena hantaq sabah srawak uhuu

    ReplyDelete
  5. nabila : uhuu enjoy sementara boleh enjoy wehhh..dah keja tak dak life sangat dah huaa

    ReplyDelete
  6. salam ziarah

    selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...