Saturday, March 26, 2011

Apa Yang Perlu Kita Tahu Sebelum Membeli Kereta ?


Semua orang mengimpikan untuk beli sebuah kereta. Zaman sekarang ni, kereta dianggap sebagai simbol kemewahan, lambang kekayaan manusia. Semua orang berlumba-lumpa nak tunjuk kereta sapa yang paling mahal. Lepas tu jadilah isu, membeli kereta tanpa mengukur ketebalan kocek sendiri.

Tahukah anda bahawa HARGA JUALAN KERETA MALAYSIA ADALAH ANTARA YANG PALING MAHAL DI DUNIA?

Tapi bukan nak dikata la, zaman sekarang ni kereta memang satu KEPERLUAN. Yang menjadi bukan keperluan adalah jenis kereta apa yang kita nak beli. Contoh la, baru kerja jangan bercita-cita, bernafsu besar nak beli kereta mahal-mahal macam Honda, Caldina, Vios dll. Ini semua adalah hutang. 

menurut Buku yang aku beli "Rancang Wang dari Sekarang oleh Pakdi", kereta merupakan satu liabiliti.


Kenapa Dikatakan Liabiliti?
  • nilainya jatuh merudum sejurus selepas kita membeli
  • nilai makin jatuh saban tahun
  • kita menghabiskan 30-40 % daripada duit gaji bulanan untuk bayar ansuran kereta 
  • terpaksa keluarkan banyak duit untuk kos servis, penyelenggaraan, insurans dll
Oleh itu, panduan yang paling baik diberikan oleh Pakdi adalah macam ni :

Bayaran Ansuran kereta sepatutnya tidak melebihi 15% daripada gaji kita

"Kalau gaji kita RM2,000 maknanya secara kasar kita hanya mampu bayar kereta yang ansuran bulanannya RM300 sahaja. kalau mengidam nak pakai kereta yang bulanannya RM 600, kita mesti usaha cari duit supaya pendapatan bulanan kita adalah RM 4, 000"

Ok maknanya aku tak la tersasar jauh dari 15%. cuma nisa fadzil kawal jiwa jangan tukar kereta yer hehe

maknanya kat sini, kereta tak membawa kebahagiaan sangat pon. aku bahagia bila hari hujan ja sebab tak kena hujan. yang lain semua derita. kena tukar 4 tayar RM 650 buat aku meroyan sebab penat nak cari duit wei. 

Jom pakat-pakat pakai kereta biasa-biasa dulu. tapi kalau yang mampu teruskan dengan kereta idaman.

Target Dana Kewangan :
  • Simpan duit untuk kahwin
  • Beli rumah yang luas dan selesa
  • Beli rumah di lokasi kejiranan yang baik
Regards,

4 comments:

  1. aku setuju

    for me, kereta bukan lah pelaburan pertama
    janji bole jalan ada tempat berlindung sudah la
    tp certain org kereta tu mungkin penting
    n jadi hobi tok laburkan beribu2 tok modified
    nasib baik bukan hobi aku

    baik aku simpan beli rumah, emas, amanah saham ke

    hehe

    ReplyDelete
  2. betoi-betoi. aha la orang lelaki suka modified keta sampai ribu riban..
    beli rumah baru style biaq orang nampak mula2 papa kedana naik keta cabok ja tapi ada rumah uhuu..

    ReplyDelete
  3. salam ziarah

    selamat dtg ke blog buaya dan menjadi follower sekali k

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...