Sunday, January 2, 2011

TUTORIAL PEMAKAIAN HIJAB/SHAWL

Sekarang ni semua orang dok pakai tudung belit sana belit sini sampai aku pon naik jealous. Kenapa korang pakai shawl nampak cun ja wei, kemas pulak tuh kalau aku pakai adei punya la sememeh. 

Kalau aku keluaq pi mall tu setiap setengah jam aku pi toilet repair shawl. So sekarang aku dok cari simple tutorial HOW TO WEAR HIJAB/SHAWL.

Yang penting aku nak tutorial tu simple dan sesuai dengan iklim tanah tercinta malaysia ni. kalau dok belit-belit banyak layer tu panas sangat aihh. Menitik-nitik peluh aku nanti. 

Dipermudahkan cerita jari aku ni pon laju la cari tutorial hijab dekat You Tube. Kalau tengok kat You tube tu orang arab pakai cun gile weh.

Jadi dekat sini aku angkut beberapa tutorial yang boleh dijadikan ilham untuk kita bertudung. Lepas tengok tutorial ni semua pakat-pakat la amek shawl yang dok beli dekat Masjid India tu tapi tak pakai pon sebab tak reti ( aku la tuh ahaks). Jom asyik-asyik depan cermin tutup pintu bilik rapat-rapat satgi kena sergah dengan adik,kakak,abang, mak, ayah dan sapa-sapa je la yang selalu akan mengganggu konsentrasi anda bila baru mula nak syok sendiri depan cermin.

TUTORIAL 1 : HOW TO WEAR HIJAB


tutoril yang ni aku ada jugak try sebab tak susah sangat. simple aje kan kan. so tak dak la tahap hardcore punya belit. ngeri aihh. saya suka ini :]

TUTORIAL 2 : HOW TO WEAR HIJAB



Tutorial 2 ni agak rumit sikit le. tapi bila aku tengok dia pakai mak aii cun giler. hurmm aku yang muka bulat ni macam mana la hasil dia. Ok malam ni nak try-try la nanti boleh pakai time kuar dating pas tu upa aku cakap aku hantu bungkus hahaha.


Berakhir la sudah ruangan tutorial hijab/shawl.Buat masa sekarang aku letak dua ja tutorial. Aku rasa dua tu pon dah cukup style lah bagi aku ahaks. tapi sekarang ni orang malaysia dah banyak adaptasi cara pemakaian hijab orang arab ni. so banyak la penambahbaikan dan pengubahsuaian yang dibuat untuk disesuaikan dengan surrounding kita kat Malaysia.

Aku rasa orang yang pandai pakai shawl/hijab ni memang berseni la. pusing sana belit sini dah jadi. aku ni siap terbelit-belit last-last aku pakai tudung bawal ja weh haha.



p/s : Dulu-dulu masa sekolah aku selalu dapat C kalau exam seni. huaa tak berseni sungguh

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...