Friday, January 21, 2011

Tips : Hubungan Cinta Jarak Jauh


Hukhuk memandangkan aku tengah mengalami fenomena cinta jarak jauh, Upa aku dekat KL aku dekat Alor Setar maka terdetik hati aku untuk memberi peringatan kepada diri sendiri, diri si dia serta berkongsi dengan semua yang terlibat dengan Long distance relationship. Memang macam kejutan budaya, dulu asal weekend ja mesti kuar tengok movie sama-sama, shopping sama-sama, sekejab teman upa fitting, upa tunggu aku fitting berjam-jam. Bila shopping barang aku, aku memang energetic gile. Bila turn upa pilih barang aku termenguap haha.

Isu kali ini adalah bagaimana kita nak menjayakan hubungan jarak jauh ni supaya walaupun jauh tapi ianya mekar. aceh pandai la kau nisa oi! Sebenarnya kalau kita terlibat dengan hubungan jarak jauh ni, kedua-dua pihak kena la main peranan. Tak boleh sebelah pihak sahaja yer. haha tapi ni serious jom kita tengok petua di bawah :

1. Make Time

Dah semestinya kalau korang dipindahkan ke tempat kerja baru dan terpaksa terpisah daripada GF/BF, korang akan berjumpa dengan kenalan baru,suasana baru, membuat rutin-rutin yang baru. Tapi, tak semestinya anda perlu letakkan priorities paling rendah terhadap pasangan anda. Jalan letakkan pasangan anda di list yang paling bawah!



Rasanya adalah perlu bagi anda untuk membahagikan masa for a phone call or e-mail, berface book trough chat box or apa sahaja yang boleh membuatkan anda terus berhubung. Ceritakan tentang suasana baru tempat anda kerja/belajar so that you both feel apart of the other person's life. So apa yang penting untuk step yang pertama adalah, cari ruang dan masa untuk hubungi pasangan anda.

2. Visit


Berusahalah untuk melawat antara satu sama lain. Sebab tak kisah la seteguh mana pon cinta/kasih sayang korang, ianya akan pudar jugak kalau tak ada physical contact ( maksudnya jumpa dan hang out la bukan touch-touch haissh).

Pastikan jugak jangan sebelah pihak ja yang selalu visit, kena la seimbang baru adil dan saksama. Ni asyik Girlfriend ja yang melawat encik boyfriend or asyik-asyik encik boyfriend yang melawat girlfriend. So jadikan hubungan tu seimbang buat la jadual lawatan masing-masing haha.

3. Plan Ahead


Organize la schedule anda sebaik-baiknya bila GF/BF datang visit. You have nothing to do but spend quality time with him/her. Bagi tau la family, rakan-rakan yang awak officially unavailable pada hari sekian-sekian. 
Ini akan membuatkan pasangan anda happy dan rasa berbaloi-baloi dia datang jejauh.

Jangan pulak orang tu datang jauh-jauh, lepas tu asyik dapat phone call dari member-member ajak tengok bola ka apa ka. buat hangin ja oi. 

4. Be Thoughtful

Buat benda-benda yang sweet, or spontaneous untuk tunjukkan betapa korang rindukan pasangan korang. Hantar la trough facebook or email lagu-lagu kenangan cinta korang yang akan membuatkan pasangan rasa nak jumpa korang sangat-sangat hahaa. Berkesan ke? ha jom try!



Cuba post sesuatu yang dia suka, contoh macam biskut Mak Minah yang dia memang suka sangat-sangat atau apa saja yang dia suka. hantarkan gambar anda dan pasangan ataupun idea yang gempak jugak, burn CD yang ada lagu-lagu kegemaran si dia dan jugak lagu tema cinta korang atau apa saja yang akan membuatkan si dia teringatkan korang ( wah romantik gilooss!)

Even if this souands a bit sappy, a long distance relationship is no time to be a challange. Its time to keep your lady/men loving and missing you and looking foward to seeing you again.

5. Relax

Jangan pulak bersangka buruk bila pasangan korang tengah berkawan dengan orang-orang kat tempat baru tu. Dalam ayat yang mudah jangan cepat jealous la adek. Kalau korang call tapi pasangan korang tak anggap jangan aggap dia tengah date dengan orang lain, kalau dia lambat reply SMS tak semestinya dia dah tak peduli tentang korang. Mungkin dia tengah sibuk kot, ask for explanation dulu jangan tuduh melulu nohh. Dalam long distance relationship ni kepercayaan kena kuat terhadap pasangan. ( ops jangan terlalu percaya la, setakat percaya dah memadai haha)


kalau korang jatuh tahap tak percaya lansung, maknanya korang tak sesuai untuk long distance relationship, clash je la woops

Akhir kata, memang banyak masalah dengan long distance relationship ni, but make it work guys! Mana tahu dengan long distance ni boleh jadi kayu ukur tahap kesetiaan masing-masing. yela tumpang tak kawen la nak ukur pon dah kawen baru nak ukur bercerai talak satu dulu la jawabnya. 

Regards ,

3 comments:

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...