Saturday, January 15, 2011

TIPS MENGHADAPI PRAKTIKUM BAGI GURU PELATIH

Sebelum tu saya perkenalkan dulu bahawa saya adalah bakal guru yang sedang menunggu untuk dipostingkan. Kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang tips-tips menghadapi praktikum bagi adik-adik dan sesiapa sahaja la yang akan menempuhi praktikum di sekolah masing-masing. 

Sesungguhnya praktikum itu BENAR dan perlu diharungi. Kepada Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP) anda akan mengharungi banyak kali tempoh praktikum, jadi persedian mental dan fikizal yang cukup perlu dijalankan seawal yang mungkin.

Kenapa perlu praktikum?Praktikum sangat penting sebagai persediaan menjadi guru, sebab kalau kalian asyik belajar teori sahaja, itu tak menjamin keberkesanan di dalam P&P. Untuk menjadi seorang guru, selain ilmu, anda perlu menguasai teknik "mengawal kelas"dengan baik. Maka, penguasaan teknik ini hanya boleh diperolehi ketika anda menempuhi praktikum di sekolah. Kalau setakat macro teaching kat kuliah tu, tak bawa apa-apa maksud pun sebab masing-masing berlakon ja. 

Jadi, di bawah ini saya senaraikan beberapa tips berdasarkan pengalaman saya berpraktikum selama 7 bulan ( ada banyak peringkat untuk PISMP)

TIPS MENGHADAPI PRAKTIKUM DI SEKOLAH :

1. Sampai awal pada hari pertama




Pada hari pertama anda berpraktikum, sila pastikan anda sampai seawal yang mungkin. Kenapa? sebabnya hari pertama nak lapor diri dekat pejabat memang akan nervous. jadi anda akan mengambil masa untuk menenangkan diri. Pastikan anda sampai lebih awal daripada guru besar, sebab first impression sangat penting. Tunjukkan kesungguhan dan kesediaan anda untuk mengajar.

2. Bersalaman dengan semua orang di pejabat


Bila sampai di pejabat, salam dengan semua kerani yang ada dekat situ. Kadang-kadang kerani senior agak garang dan sombong, janganlah terlalu ego, rendahkan sikit ego anda dan tegurlah dahulu. Kita ni orang baru, jadi kena la manis-manis mulut. Kenapa perlu baik dengan kerani, ini akan memudahkan kerja kalian jugak nanti. nak kumpul maklumat sekolah, nak takwim sekolah, nak pinjam LCD, nak pinjam staple gun, semua tuh akan melibatkan urusan anda dengan kerani. Jadi ringan-ringankan mulut untuk beramah mesra dengan diorang.

3. Terima tugas yang diberikan oleh guru besar dengan ikhlas

Bila dah perkenalkan diri dekat guru besar, maka guru besar/penolong kanan akan aturkan jadual waktu mengajar kalian mengikut jumlah jam mengajar yang ditetapkan oleh pihak maktab. Kadang-kadang pihak sekolah akan bagi extra jam mengajar. terimalah seadanya jangan merungut. tapi kalau dapat kurang jam mengajar kena bagi tau guru besar kepada ini melibatkan observation bersama pensyarah.

Lagi satu, sesetengah sekolah suka memberi tugas tambahan kepada guru pelatih. yang paling famous adalah kerja-kerja kecerian. Kalau kalian cikgu KH macam saya ni lagi la teruk. Di nasihatkan seboleh-bolehnya jangan menolak mentah-mentah. Cuba buat mana yang mampu, insyaallah pihak sekolah akan faham kalau anda mempunyai kekangan masa untuk buat kerja-kerja kebajikan di sekolah. 

Tapi sebenarnya, memang susah nak uruskan RPH, nak sediakan BBM, nak pergi koko, nak buat kerja keceriaan, tapi percayalah pengalaman itu semua akan mematangkan kalian. Saya sendiri pernah merungut kerana diberi tugasan untuk drill dinding sebab nak pasang papan tanda si seluruh kawasan sekolah. Tapi yang bagusnya, penolong kanan sendiri berikan tunjuk ajar, maka secara tak lansung daripada tak reti drill saya dah pandai drill dinding satu sekolah. 


4. Beramah mesra dengan guru-guru


Ini adalah point yang paling penting. Untuk memastikan kalian selesa di sekolah, perlulah ringankan mulut untuk berborak dengan guru-guru senior. sebab dekat sekolah ni seniority sangat tinggi. Jadi gunakan skill komunikasi yang anda ada. Seboleh-bolehnya offerkan diri untuk duduk di bilik guru. sebab potensi untuk anda bergaul dengan guru-guru adalah tinggi. Kalau kalian duduk di library atau di bengkal, mungkin kalian akan jarang terserempak dengan guru-guru. Kalau terus memerap kat dalam library dengan bengkel jangan salahkan orang lain kalau kalian di cop sebagai 'cikgu praktikum yang sombong'

5. Libatkan diri dalam aktiviti sekolah.

Kalau boleh offerkanlah diri untuk sertai mana-mana aktiviti di sekolah seperti perkhemahan, lawatan dan sebagainya. Guru-guru kat sekolah suka kalau cikgu praktikum rajin menolong. 

6. Jangan pakai terlalu vogue

Ni untuk guru pelatih perempuan la, jangan la pakai baju blink blik pergi sekolah, warna striking sampai silau biji mata, kasut ala-ala cindralella dengan barbiedoll. Hallo sila berpada-pada dalam berpakaian. Tapi jangan pulak pakai selekeh-selekih lagi la kena kutuk. Jangan pergi sekolah pakai selipar. pakailah kasut bertutup agar menampakkan ciri-ciri seorang guru. ( kadang-kadang nak pakai tak pe le, kalau time perhimpunan tu pakai kasut bertutup)

7. Pakai name tag

Name tag adalah benda wajib yang perlu dipakai oleh guru sebagai tanda pengenalan diri. Bukan apa, kadang-kadang kita ni PISMP muka macam kanak-kanak kan, so nanti tak la anak murid confius terpanggil kalian kakak/abang/makcik. Lagi satu, ini memudahkan guru-guru lain untuk menyebut nama kalian. tak rugi pon kalau pakai name tag lagi bangga adalah!

8. Bergaul dengan guru-guru ketika makan di kantin

Amalan ni perlu dipraktikkan. jangan jadi kera sumbang makan sorang-sorang ataupun dengan dengan sesama guru praktikum sahaja. Guru-guru senior paling pantang kalau benda ni jadi. Apa salahnya join cikgu-cikgu yang ada. kalau tak da topik nak cakap pon senyum je la. Apa susah


9. First impression itu penting.

Perkara ni sering disebut oleh penyarah. Tapi dari perspektif saya, minggu pertama berpraktikum tunjukkan bahawa anda seorang yang tegas ketika di dalam kelas. Ini penting untuk mendapatkan 'respect'dari murid-murid. Sediakan satu peraturan kelas anda dan laksanakan setegas yang mungkin. melalui cara ini anda akan dihormati oleh anak murid anda.

Jangan mulakan pengajaran selagi murid-murid tidak berada di dalam keadaan sedia. Mula-mula memang diorang akan bising tapi lama-lama dia akan faham bahawa tingkah laku tersebut tidak disukai oleh guru dan kelas akan berada dalam keadaan terkawal.

10. Persediaan observation

Kalau boleh, confirmkan dengan penyarah anda tarikh untuk di observe. kadang-kadang pensyarah ni boleh tolerate. tapi kalau dapat yang main terjah ja sakit la sikit.

Pastikan RPH di tulis dengan baik mengikut format dan kemas. Sediakan BBM yang fleksible untuk digunakan. BBM tak semestinya sesuatu yang gempak, tapi BBM yang baik adalah BBM yang boleh membantu kehafaman murid secara maksimum walaupun BBM tersebut ringkas.

perkara yang paling penting adalah kawalan kelas, tapi jangan menjerit-jerit terpekik pekik, gunakan pendekatan yang lebih baik. Benda-benda macam ni perlu try and error, kena selalu cuba macam-macam pendekatan. Macam pendekatan yang saya selalu guna adalah, saya tak pernah bagi second change kepada murid, kalau dia buat salah dia kena tanggung kesalahan tersebut. Maka adalah dendaan yang  akan diterima. Tapi dendaan yang tak seberapa la, zaman sekarang ni budak-budak tak boleh kena rotan nanti naik court la jawabnya.

wokey itu saja nasihat dan panduan dari cikgo nisa fadzil. diharapkan dapat membantu, tak banyak pon sikit-sikit. Kenapa tulis entri ni?, sebab dulu masa saya nak praktikum ada cari tips kat internet tapi tak jumpa pon haha. Chill dan selamat berpraktikum. Jadilah cikgu yang baik

Regards,

Cikgu 


p/s : untuk entri ni saya bahasakan diri sebagai "saya"sebab rasa macam tak sesuai pakai aku untuk entri ini :]
tapi kalau untuk entri yang lain 'aku' still digunakan sebab tak nak terlalu formal dan mengelakkan ketidak selesaan saya sendiri. jangan marah aaa!

10 comments:

  1. thanx utk entry ney..
    sgt membantu utk sediakn diri..
    nk2 baru 1st time nk p praktikum sem ney..
    thanx again..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. welcome. cikgu jugak erk
    selamat berpraktikum la yer

    ReplyDelete
  3. thanks for the tip untuk g praktikum wish me luck ya

    ReplyDelete
  4. emmm...owner blog...please contact sy....kat email pun xpe...mempis_saksana@yahoo.com..kerana sy baru ambik ppg matematik kt ipg teknik....so mohon bantuan....

    ReplyDelete
  5. terima kasih..sangat2 membantu... =)

    ReplyDelete
  6. tens for the info..bru ade smngat ckit nk prktikum 15hb ni..hehe

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...