Monday, January 31, 2011

TIPS MENCARI DAN MEMELIHARA CINTA SEJATI

Sedang asyik membaca gosip di beautifulnara.com, tiba-tiba di celahan gosip terselit satu video yang abang Nara selitkan. Mula-mula rasa macam tak berminat nak tengok, tapi lepas baca ulasan abang Nara kat bawah tu, aku pon terdetik nak tengok.

Hurmm betul lah ni baru dikatakan cinta sejati.

'banggakah kamu wahai kaum hawa, jika kamu punyai paras rupa yang cantik?'
'banggakah kamu kaum hawa punyai teman lelaki kacak, wang ringgit penuh saku?'
'sedarkah kamu bahawa kecantikan dan kesempurnaan boleh ditarik balik oleh Allah SWT?'

maka dari situlah keikhlasan teman lelaki dapat di ukur. sebab semua kecantikan luaran dan kesempurnaan anda telah ditarik balik. kecantikan yang diagung-agungkan dah hilang.

Jom sama-sama tengok video ni yang sangat touching :


Persoalan :

Adakah insan yang aku kenal sekarang ni seteguh itu?

Dengan key word cinta sejati, aku pon jumpa blog ni pakarhowto.com. memang best la blog pakarhowto. Kalau ada masa lebih moh le kita terjah blog tu yer. Apa yang aku tulis kat sini aku ambil dari blog pakarhowto. tapi aku hanya amek yang mana aku rasa paling sesuai untuk dikongsi.

Oleh itu, jom le kita sama-sama tengok Tips Mencari dan Memelihara Cinta Sejati :

1. Pilih Pasangan Yang Sesuai
  • jangan jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi
  • wang bukan penyuntik cinta ( banyak pasangan yang memilih teman hidup untuk kemewahan semata - itu bukan menentu cinta)
  • tanya diri sendiri "dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?" - jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.
2. Jangan terburu-buru
  • jangan menurut kehendak nafsu seks
  • pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.
3. Mr. Right kembali
  • sedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati tiba-tiba kembali.
  • perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa anda membuat keputusan.
  • buat keputusan agar tidak menyintainya lagi
  • lupakan sejarah silam dengan memulakan hidup dan cinta baru.
4. Bukan perigi cari timba
  • anda tidak pernah merasakan bahawa cinta sejati seperi objek keras atau seolah-olah 'syok sendiri'
  • maka sama-samalah berinteraksi dan berbincang terhadap apa jua yang berlaku dalam perhubungan.
5. Hargai diri sendiri dan pasangan
  • hubungan sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan
  • untuk hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu hargai diri sendiri dengan cuba ungkapkan kata-kata romantis atau lakukan kejutan terhadap dirinya.
source : pakarhowto.com

Jadi sama-samalah kita berusaha mencari dan memelihara cinta sejati. mudah-mudahan dapat cinta sejati macam dalam audition american idol tuh

Regards,

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...