Saturday, January 15, 2011

Tips Berjimat Untuk Kumpul Dana Kahwin

Sekadar perkongsian, rasanya semua orang dah tahu tentang blog SetelKahwin.com. Banyak informasi yang boleh kita dapat kat blog setelkawen ni. Hello tak bermaksud kalau baca blog ni korang dah gedik nak kahwin, tapi kena la amek tahu sebab takkan sampai tua tak nak kawen kot? tak pon takkan bulan depan nak kawen hari ni baru nak buka blog setel kahwin? Yang penting kita kena la ada pengetahuan awal sebab kahwin ni melibatkan perbelanjaan yang besar. Tambahan untuk kaum adam, korang kena baca ni sebab korang nak cari duit 10, 000 nak bagi hantaran kat orang perempuan. 10, 000 tu kira minimum, kalau nak kahwin zaman sekarang ni paling sikit pakai RM 30, 000.

Jadi dekat blog ni ada bayak dia cerita tentang persediaan perkahwinan, dari segi persediaan budget, pemilihan tema, catering, macam-macam la korang boleh explore dekat setelkahwin.com.


Kali pertama aku visit blog ni sebab aku cari pasal Tips jimat untuk kumpul dana kahwin haha. Buka apa saja ja nak cari nak suruh upa aku simpan duit awal-awal. Kalau ada jodoh boleh ler kahwin kalau tak ada menangis la 1 baldi dulu haha.

Apa yang aku nak kongsi di sini point-point asal aku amek dari setelkahwin.com. Tapi aku olah sendiri ikut pengalaman aku lah. Tak main la copy paste ye haha. Sebab lecturer aku pon ajar amik main point ja lepas tu olah sendiri. Kemudian kena la buat biblio hehe.

JOM BERJIMAT UNTUK KUMPUL DANA KAHWIN

Ini aku dedikasikan khas untuk orang lelaki sebenarnya, sebab korang yang banyak nak buat keluar duit kan. So bila dah start kerja tu sepatutnya jangan enjoy lebih sangat. Bukan tak boleh enjoy lansung tapi pastikan korang ada saving khas untuk kahwin. duit yang lebih tu boleh la pergi shopping.  Kata kunci yang paling sesuai adalah 'berjimat'. berjimat tak bermaksud korang kena kedekut, nak makan mahal sikit pon tak nak, tapi agak-agak la tak kan hari-hari nak makan sedap kot. Sebulan sekali, pergi la makan tempat mahal sikit baru bermakna duit gaji, penat pergi kerja takkan dapat gaji nak makan nasi ekonomi ( nasi putih,telur dadar,sup kosong,sambal belacan) haha.

Masa baru kerja mesti la nak merasa jugak beli barang-barang branded kau nak pakai seluar CK la, kasut Clark la,blackberry la, semua tuh tak salah. Tapi pastikan jangan kacau duit simpanan kahwin korang. Kalau nak benda yang lebih mahal harganya, sila buat OT. pakai duit OT tu nak beli apa yang korang nak. 

Tapi bila dah cecah 6 bulan kerja, momentum shopping perlu dikurangkan. Dah dapat kan apa korang nak masa mula-mula kerja so jangan gatal-gatal tangan nak upgrade pakai yang lagi mahal. Tu namanya pembaziran hohooo.

Jadi bila sampai tahap korang dah dapat apa korang nak sila masuk ke zon ini :

1. Shopping waktu Sale sahaja

Bila dah sampai tahap nak fikir pasal kahwin, jangan la ikut nafsu macam dulu. Time tak sale pon kau redah aja. Lepas tu bila datang mega sale, kau melopong sebab barang hari tu beli beratus-ratus dah sale 50% haha kesian. Shopping time sale kan lebih menjimatkan, kalau pandai pilih boleh dapat barang yang cantik-cantik belaka. Tapi jangan shopping ikut nafsu pulak, kaut sampai penuh tangan. 



2. Elakkan pakai kad kreadit pakailah debit card

kad kredit di sebenarnya kalau boleh tak payah buat lansung la. baik pakai debit card aja, ada duit shopping, tak dak duit dok rumah tengok TV sudah. Tapi kalau korang dah terlanjur buat kad kreadit, elakkanlah pakai . Kalau dah tak boleh kawal sangat, kad kreadit tu bekukan dalam ice. buat macam dalam cerita Confession of a shopaholic. Lagi satu kalau dah terpakai tu tak boleh buat apa la, bayar la cepat-cepat supaya interest tak naik. Nanti korang jugak yang pengsan nak bayar hutang. Memang lah cool pakai kad kredit, macam orang kaya la konon. Tapi bagi aku orang yang pakai debit card lagi kaya huh.



3. Jangan asyik nak beli barang branded je

Dah puas beli barang branded kan? so sudah-sudah la, sekarang ni dah masuk sesi penjimatan hebat. Kalau dah ada seluar CK satu, levis satu, tak payah nak tambah lagi bagi jadi 10. Sesetengah orang memang suka barang branded sebab bagi diorang biar benda tuh tahan lama. Tapi sekarang ni objektif utama adalah mengumpul dana perkahwinan. Jadi terpaksalah berkorban sikit. Bila dah cukup baudget kahwin lantak kau la, beli la apa pon tak dak sapa nak marah.


4. Kurangkan merokok

Kalau aku cakap berhenti merokok memang sah-sah la tak berhenti. So sekarang ni hanya boleh cakap 'kurangkan'merokok. Kalau berhenti terus lagi bagos la hehe. Aku tengok rokok punya la mahal sekotak mau RM 7.00. kalau yang perokok tegar tu sehari nak sekotak. sebulan dah RM 210. wei korang gila ka weh. kalau buat masuk ASB dah boleh dapat dividen dah. Jadi, apa kata semperna nak kumpul budget kahwin ni korang kurangkan merokok, maka kuranglah duit yang terbakar. Matlamat utama "KUMPUL DUIT KAHWIN"


5. Kurangkan dating setiap hujung minggu

Ini kena pengorbanan sikit. Bila difikirkan betul jugak kalau setiap kali dating mesti duit banyak habis kan? Yela nak tengok wayang, nak makan, duit minyak,duit parking sekali dating mau kena ada RM 100. Jadi kurangkan dating di hujung minggu. Kalau rasa rindu sangat keluarlah time 'weekdays' sebab tiket wayang pon tak semahal masa weekend. Paling jimat cepat-cepat la reserve untuk hari rabu kan murah tiket wayang 6 ringgit ja beb. 


6. Kurangkan membeli majalah/surat khabar / buku

Sekarang ni majoriti semua ada internet, pakai broadband, stremyx. jadi rasanya dah tak payah beli surat khabar, majalah. semua boleh baca online. kan jimat! Blog-blog informasi pon banyak sekarang ni, nak baca gossip bukak je beutifulnara tu. So kan dah jimat, lagi up to date kan!kan! Main game pon online tak payah la pergi tempat game. Kalau dah gian sangat main je game pinball dalam laptop tu haha.

7. Kurangkan Membeli gajet elektronik

Zaman sekarang ni masing-masing nak kejar gajet. Nokia, BB, iPhone. Kalau nak kejar gajet ni tak terkejar la jawabnya. Jadi pakai la apa yang ada. Janji boleh message boleh call dah la weh. Kalau dah mengidam sangat buat ja wishlist besau-besau tampal dalam bilik, lepas kahwin beli la nanti.




8. Pakai prepaid instead of postpaid

rasanya kalau nak berjimat, lebih sesuai kalau korang pakai prepaid. Topup bila perlu ja. Lagipun sekarang ni teknologi dah canggih kan. Kalau nak sembang, chat ja kat facebook or YM. Boleh buat karangan gitu. Kalau nak dengar suara pakai je skype. FREE ja! Kalau sapa pakai BB pakai yang 50sen tu sudah le. boleh ja BBM. Kalau nak jimat lagi tak payah on kalau tak perlu. kan jimat!

9. Masak sendiri

Yang ni lagi la jimat. seminggu ada 7 hari kan? so apa kata 4 hari makan kat luar, 3 hari makan kat rumah. Masak la simple-simple nasi goreng ka. Kalau malas sangat masak nasi, pas tu goreng telur ha kan sedap tu.
Kalau orang perempuan takkan goreng telur ja kot, masak la benda yang extreme sikit hoho

10. Jimatkan bil rumah anda

Minimumkanlah penggunaan elektrik dan air dekat rumah yer. Kipas tu kalau tak pakai tutup la suis jangan biar ja terpasang 24 jam. kan membazir namanya. Air pun jangan la dibazirkan jimat-jimat la kalau boleh biar jadi free ja tak payah bayar kankan.

Berakhir sudah Tips penjimatan hebat untuk mengumpul dana kahwin. Idea asal dari setelkahwin.com tapi olahan adalah dari aku sendiri sebab ikutkan pengalaman aku sendiri. So apa lagi sapa nak kahwin jimat-jimat la dari sekarang weh!

Regards,

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...