Monday, January 10, 2011

TERKINI : BLACKBERRY TIDAK AKAN DIHARAMKAN

Fuh selamat blackberry tak diharamkan kat Malaysia. Kalau tak mana aku nak campak handphone aku ni. Bagi Baby Khaalish Umar main la jawabnya. Aku? ha aku pakai handphone nokia 3310 balik ke zaman sekolah dulu.


handphone kebanggaan masa sekolah dulu.yeah!

lebey kurang ja dengan 3310 rupanya haha
Kepada pengguna blackberry, sudah la, tak payah risau-risau nak gadai handphone korang kat kedai apek, ataupun saja buat alasan nak tukar iphone 4 sebab kononnya blackberry nak diharamkan kat Malaysia. Simpan la duit kamu itu ( dedikasi untuk upa ).

Untuk berita penuh seperti yang tertera di bawah. Sumber dari Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 10 Jan. — Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan telefon mudah alih pintar Blackberry setakat ini kerana ia tidak ada menimbulkan masalah kepada soal keselamatan negara.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranya ada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.
"Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru tidak wajar bagi kami membuat keputusan yang tergesa gesa,” katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan penggunaan Blackberry di negara berkenaan sekiranya aplikasi pornografi dan arahan untuk mewujudkan pelayan (server) di negara berkenaan tidak dipatuhi dalam tempoh dua minggu.
Rais berkata kajian sudah dibuat sebelum ini oleh SKMM dan mendapati bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan India sebelum ini.
Negara-negara itu telah mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry kerana dikatakan mengancam keselamatan negara mereka. - Bernama

Regards,


p/s : pada pandangan aku, kita jangan halang perkembangan teknologi tapi sila pupuk nilai keagamaan dalam diri masing-masing. tak kira agama apa pon, kita tetap dilarang buat benda yang jahat kan? Jangan salahkan teknologi, salahkan diri sondiri!

2 comments:

  1. Bila nak dapat guna blackberry ni.. Kala tak dapat guna, dapat makan blueberry pon cukuplah.. :)

    ReplyDelete
  2. haha sengal la kau fairuz. ok la tu makan blueberry kenyang. pakai blackbolly mesken hehehh

    ReplyDelete

Feel free to comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...